Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Rumah nenek moyang mendiang Lee di China bakal jadi tarikan pelancong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rumah nenek moyang mendiang Lee di China bakal jadi tarikan pelancong

Mar 25, 2015 | 02:25 PM

PIHAK berkuasa daerah Dabu di Guangdong, China telah membelajakan sekitar 40 juta yuan ($8.8 million) untuk mengubah-elok rumah nenek moyang mantan Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew, menjadi sebuah tarikan pelancong.

Kerja-kerja menaik taraf bermula tahun lalu, dengan antara elemen yang disertakan termasuk perlindungan ekologikal budaya Hakka Cina.

Daerah Dabu merancang mengubah-elok rumah nenek moyang mendiang Encik Lee itu menjadi sebuah destinasi pelancongan luar bandar antarabangsa.

Setiap tahun para pelancong setempat dan luar negara mengungjungi kawasan tersebut untuk memahami kehidupan mendiang Encik Lee, kata seorang wakil daerah Dabu.

Zon pelancongan juga akan menempatkan sebuah dewan memperingati mendiang yang dijangka selesai pembinaan menjelang akhir tahun ini.

Ia merupakan fasa pertama pembinaan.

Foto-foto yang memaparkan sejarah, pengenalan dan garis waktu mendiang Encik Lee Kuan Yew berserta kehidupan keluarganya, kehidupan politiknya, dan pengenalan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan dipasang di sekeliling kemudahan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3