MENTERI Kewangan Heng Swee Keat berkata tiada dakwaan bahawa Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyalahgunakan kuasa yang memerlukan penyelidikan lebih mendalam.
"Apa yang dibentangkan ialah tuduhan umum dan lemparan celaan. Tiada Anggota Parlimen, termasuk daripada Parti Pekerja (WP), yang meluahkan dakwaan khusus mengenai penyalahgunaan kuasa," ujar Encik Heng.