Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Rumah penjagaan Orange Valley baru di Balestier uji teknologi jagaan warga emas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rumah penjagaan Orange Valley baru di Balestier uji teknologi jagaan warga emas

May 02, 2018 | 12:21 PM

DEMI menyediakan khidmat yang lebih lancar dan berkesan kepada pesakit, rumah penjagaan Pusat Jagaan Orange Valley (OVCC) di Balestier yang dibuka secara rasmi hari ini sedang menguji beberapa teknologi penjagaan warga emas terkini.

Sejak Januari ini, pengendali rumah penjagaan itu, Orange Valley Nursing Homes (OV), telah memulakan konsep Living Laboratory bagi menguji beberapa teknologi dalam usaha mempertingkat khidmat jagaan klinikal yang disediakan dan produktiviti kakitangan.

Living Laboratory itu, ataupun Makmal Hidup, yang terletak di tingkat tiga OVCC Balestier, bekerjasama dengan rakan industri seperti ST Engineering dan StatHub bagi menguji beberapa huraian teknologi.

Antaranya ialah jubin Moto, iaitu set 10 jubin yang sensitif pada tekanan bagi menguji ketangkasan, fleksibiliti dan tumpuan warga emas yang digunakan dalam program pemulihan.

Bak satu permainan dengan lagu, warga emas perlu memijak jubin yang nyala dengan cahaya dalam tempoh masa yang ditentukan.

Turut diuji di OVCC itu ialah sistem huraian pengurusan pencegahan jatuh yang dapat memberi mesej kepada kakitangan menerusi aplikasi telefon bimbit jika terdapat pesakit yang bangun dari katilnya.

Satu lagi sistem yang diuji ialah huraian pengurusan ulser tekanan yang memberi peringatan elektronik kepada jururawat apabila seorang pesakit perlu menukar posisinya atas katil.

Sementara itu, pengunjung ke OVCC itu hanya perlu melalui pendaftaran sekali saja dan tidak perlu berulang kali melakukan pendaftaran setiap kali mereka ke rumah penjagaan itu dengan adanya sistem pendaftaran pengunjung automatik yang dirintis kini.

Sistem itu menggunakan teknologi pengecaman wajah, dengan individu perlu mengimbas wajah dan kad pengenalan mereka di kios sebelum memasukkan butiran seperti nama pesakit yang ingin dikunjungi dan maklumat peribadi.

Pada kunjungan selanjutnya, mereka hanya perlu mengimbas wajah mereka pada kios itu apabila ke rumah penjagaan tersebut.

Pengerusi OV, yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Press Holdings (SPH), Encik Anthony Tan, dalam ucapannya semasa majlis pembukaan rasmi OVCC Balestier itu tadi, berkata:

“Jika percubaan ini berjaya...kami akan melancarkannya di rumah penjagaan OV yang lain dan berasa gembira untuk mengongsi (teknologi ini) dengan pengendali rumah penjagaan lain juga,” kata beliau.

OVCC di Balestier Road itu merupakan rumah penjagaan keenam yang dikendalikan OV dan yang pertama dibuka sejak SPH memperolehi OV pada April tahun lalu.

Bangunan lima tingkat itu menawarkan 118 katil dan menyediakan khidmat pemulihan bagi pesakit yang menetap di rumah penjagaan itu dan pesakit luar.

Majlis pembukaan OVCC di Balestier itu turut disertai tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Dr Lam Pin Min.

Selain itu, Dana Caring for Life OV, yang menyediakan bantuan kewangan buat penghuni bersubsidi kurang kemampuan di rumah penjagaannya, akan diperluaskan untuk menolong individu yang hanya sedikit saja terlepas dalam kriteria bagi subsidi pemerintah tetapi memerlukan jagaan warga emas yang bermutu.

Kes pesakit sedemikian akan dipilih dengan kerjasama badan akar umbi dalam kawasan rumah penjagaan OV di Balestier, Clementi, Marsiling dan Simei.

Pesakit akan dinilai berdasarkan keadaan perubatan dan latarbelakang kewangan mereka serta lawatan ke rumah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3