Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah Terbuka Hari Raya kembali setelah dua tahun 'tertutup'

May 09, 2022 | 05:30 AM



SETELAH dua tahun tidak mengadakan rumah terbuka akibat penularan virus Covid-19, suasana di rumah Cik Zaidaharsah Mohd Zain riuh rendah ketika beliau menerima tetamu berkungjung ke rumahnya kelmarin.



Beliau merupakan antara mereka yang mengadakan rumah terbuka sempena hujung minggu pertama Syawal.



Meskipun sibuk sehingga larut malam, Cik Zaidaharsah, 62 tahun, gembira ramai dari keluarganya serta rakan-rakannya dapat berkumpul sekali lagi sempena tempoh perayaan tahun ini.



Menurut suri rumah itu sebelum Singapura dilanda Covid-19, beliau akan mengadakan rumah terbuka setiap tahun.



Dengan sekatan yang dilonggarkan baru-baru ini, Cik Zaidaharsah tergerak untuk mengembalikan semula suasana semarak Hari Raya.



"Tahun-tahun sebelum ini, kita berjumpa adik-beradik dan mentua secara berasingan dan tidak dapat berkumpul.



"Jadi tahun ini memang kami memutuskan untuk ambil peluang mengikat silaturrahim antara satu sama lain setelah lama tidak berjumpa.



"Memang gembira sangat dapat lihat orang ramai makan masakan saya dan berinteraksi antara satu sama lain!" kata ibu kepada dua anak perempuan itu.



Bagi membuka pintunya kepada saudara-mara dan teman-temannya untuk meraikan Lebaran bersama, Cik Zaidaharsah telah melakukan persiapan awal.



Ini termasuk memikirkan menu untuk dimasak bagi tetamu yang berkunjung ke rumahnya dan senaraikan tetamu yang diundang.



Menurutnya, beliau telah menyenaraikan semua keluarga di sebelahnya dan keluarga sebelah suaminya untuk mengira berapa ramai yang akan datang supaya dapat peruntukkan makanan agar ia mencukupi.



Antara juadah yang beliau hidangkan kelmarin adalah laksa, keema dan roti bakar serta bubur pulut hitam.



"Saya ada beli lapan kilo mi laksa untuk tetamu saya.



"Alhamdulillah, semuanya habis!" katanya, dengan penuh riang.



"Saya jemput tetamu supaya berkunjung dari pukul tiga dan tidak sangka ramai sangat yang datang semua pada masa yang sama.



"Boleh katakan lebih daripada 50 orang yang datang terdiri daripada adik-beradik, anak buah dan kawan-kawan yang terdekat.



"Ada yang sampai tidak ada tempat untuk duduk pada satu ketika," ujar beliau yang menerima tetamu terakhirnya pada 11.30 malam.



Walaupun terasa penat, beliau tetap bersyukur dapat melakukan rumah terbuka itu.



"Rindu sangat suasana meriah ini.



"Ada yang mungkin tidak dapat menghadiri kelmarin, tetapi saya tidak sabar menyambut mereka datang pada hari yang lain.



"Saya sudah siap sedia hidangan lain jika mereka memilih mahu datang pada minggu-minggu yang akan datang," katanya.



Adik beradiknya juga mengadakan rumah terbuka secara bergilir-gilir.



Dengan kelonggaran peraturan Covid-19 yang tidak meletakkan had perhimpunan sosial, beliau turut mengambil peluang mengunjungi anggota keluarga dan rakan yang lain sebanyak mungkin sepanjang bulan ini.



Sempena Lebaran tahun ini, beberapa syarikat katering turut memerhatikan tempahan yang meningkat dengan ramainya orang yang membuat rumah terbuka.



LAPORAN SELANJUTNYA: Sana-sini meriah anjur Rumah Terbuka Raya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >