Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah Terbuka Istana pada 13 Mei dibatalkan ekoran keadaan Covid-19 yang semakin teruk

May 04, 2021 | 04:26 PM



ACARA Rumah Terbuka Istana pada 13 Mei akan dibatalkan disebabkan oleh keadaan Covid-19 yang semakin teruk.


Acara itu dibatalkan ekoran seruan terbaru Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 supaya mengurangkan interaksi sosial, kata Istana dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden pada Selasa (4 Mei).


Pemegang tiket boleh menyertai acara Rumah Terbuka Istana seterusnya dengan tiket yang mereka miliki itu.

Rancangannya adalah untuk membuka semula Istana kepada orang ramai secara bertahap, memandangkan keadaan Covid-19 di Singapura stabil dalam beberapa bulan kebelakangan.


"Namun, sejak kami mengumumkan pembukaan semula rumah terbuka ini, malangnya terdapat peningkatan dalam bilangan kes Covid-19 setempat. Oleh itu, kami memutuskan supaya berhati-hati dan membatalkan Rumah Terbuka Istana," kata Istana.


Pada 28 April, Istana mengumumkan bahawa ia membuka perkarangannya kepada orang ramai buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 bermula.


Acara itu adalah untuk menyambut Hari Pekerja dan Hari Raya Puasa, yang masing-masing jatuh pada 1 Mei dan 13 Mei tahun ini.


Sebelum wabak itu, Istana menyambut pengunjung pada cuti umum Hari Raya Puasa dan Hari Pekerja setiap tahun.


Permulaan pandemik Covid-19 tahun lalu melihat pembatalan kedua-dua acara tersebut, dan menggantikannya dengan lawatan maya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >