Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

Rumah terbuka Istana tarik lebih 10,000 pengunjung

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rumah terbuka Istana tarik lebih 10,000 pengunjung

Jul 18, 2022 | 05:30 AM

LEBIH 10,000 orang mengunjungi Istana semalam bagi acara rumah terbuka sempena sambutan Hari Kebangsaan, yang buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 melanda, menyajikan persembahan 'live' dan gerai aktiviti untuk dinikmati pengunjung.

Di acara rumah terbuka itu, Presiden Halimah Yacob telah menanam pokok bersama empat keluarga di Taman Inklusif bagi melancarkan kempen 22 Hari Dalam Melakukan Kerja-Kerja yang Baik, atau "22 Days of Doing Good".

"Ini sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan rakyat Singapura untuk melakukan kegiatan yang menyumbang kepada masyarakat, sampai ke Hari Kebangsaan kita," katanya.

Kegiatan yang dilakukan boleh dalam bentuk untuk masyarakat umum, untuk alam sekitar dan lain-lain. Kempen itu berlangsung dari 16 Julai hingga 6 Ogos.

Puan Halimah turut menemui pelukis kurang upaya yang telah menghasilkan karya seni pada beg cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Beliau meluahkan rasa bangga dan gembira melihat karya seni yang dihasilkan tentang alam sekitar di Singapura.

"Ini amat penting kerana ia menunjukkan bahawa perayaan NDP bukan sahaja dihadkan kepada mereka yang boleh, tetapi kepada semua kebolehan yang pelbagai. Kita memberi peluang untuk mereka tunjukkan bakat mereka," kata Puan Halimah.

"Saya berharap dalam perayaan Hari Kebangsaan tahun ini, kita sama-sama bersatu padu, bersatu hati dalam usaha kita untuk terus memajukan Singapura dan juga menggalakkan perasaan lebih sepakat dan bersatu di kalangan rakyat Singapura," tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3