Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah terbuka jadi tumpuan sambutan Raya

Turut buka peluang rai bersama kaum lain
Jun 23, 2018 | 05:30 AM



SETELAH seminggu masyarakat Islam setempat menyambut Syawal, kini giliran untuk majlis rumah terbuka dianjurkan terutama semasa hujung minggu.



Untuk menyiapkan juadah rumah terbuka itu, ramai yang telah mengunjungi Pasar Geylang Serai untuk berbelanja barangan dapur, dengan ada pelanggan yang datang dari jauh.



Ini demi menyediakan masakan istimewa bagi menyambut tamu yang bertandang ke rumah.



Seperti lazimnya, ramai keluarga mengadakan rumah terbuka bagi kunjungan saudara-mara dan sahabat-handai.



Rumah terbuka juga memberi peluang kepada masyarakat Melayu/Islam untuk meraikannya bersama masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama.



Antara yang ditemui berbelanja di Pasar Geylang Serai semalam ialah Encik Mohd Safiee Mokri, 60 tahun, dan isterinya, Cik Nor Simah Hassan, 52 tahun, yang tinggal di Bukit Panjang.



Mereka datang ke pasar itu untuk membeli keperluan menyediakan hidangan rumah terbuka mereka esok.



Mereka membeli bahan-bahan bagi menyediakan hidangan nasi minyak dan mi hoon untuk sekitar 100 tetamu yang dijangka berkunjung.



Begitu juga Encik Hamizan Husin, 31 tahun, dan isterinya, Cik Julia Mohamed, 34 tahun, yang tinggal di Buangkok, yang dua kali mengadakan rumah terbuka tahun ini - hari ini dan minggu depan.



"Tidak semua orang dapat hadir pada satu hari. Oleh itu, kami khaskan dua hari untuk menerima tamu," kata Encik Hamizan, seorang pegawai bomba.



Menurutnya, rumah terbuka pertama diadakan secara sederhana dan yang kedua lebih besar.



Cik Aizah Mohd Sharip, 48 tahun, juga mengadakan dua hari rumah terbuka.



"Rumah terbuka pertama dikhaskan bagi keluarga suami, bapa dan arwah mak saya. Yang kedua pula hanya untuk rakan-rakan," kata beliau, seorang suri rumah dari Tampines, yang memasak sendiri hidangan pada kededua hari itu.



Antara hidangan yang dirancang ialah nasi ayam dan laksa goreng beserta buah-buahan sebagai pencuci mulut.



Bapanya, Haji Mohd Sharip Haji Ahmad, 79 tahun, membantunya membeli barang-barang keperluan.



Cik Nur Syafiqah Mohamed Zaini, 18 tahun, seorang pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej East, pula mengadakan satu hari khas rumah terbuka untuk saudara-mara dan sahabat handai. Beliau, yang tinggal di Bedok Reservoir, berbelanja bersama seorang makciknya.



Kemeriahan sambutan Hari Raya yang berterusan itu membolehkan para peniaga terus tersenyum kerana jualan meningkat.



Encik Mohamad Roslan Abd Karim, 42 tahun, seorang pekerja di gerai menjual ayam Zamal & Family Chicken Shop di Pasar Geylang Serai berkata jualannya laris.



"Pada musim Hari Raya, kami dapat menjual 300-400 ekor ayam dalam sehari. Biasanya kami hanya menjual 100-200 ekor ayam sahaja," kata beliau.



Peniaga gerai menjual daging lembu Haji Abu Bakar Fresh and Frozen Meat Supplier, Encik Mohd Shahid Mohd Yusoff, 30 tahun, pula mendapati jualannya berganda berbanding di luar musim Hari Raya.



"Lebih kurang 500-600 kilogram daging kami dapat jual sehari pada musim Hari Raya berbanding 200-300 kilogram pada hari biasa," jelas beliau.



Laporan lanjut:








Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >