Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah terbuka CNY skala kecil di Istana dengan 18 tetamu rai pelancaran Taman Inklusif

Feb 13, 2021 | 11:54 PM



PADA acara Rumah Terbuka Istana sebelum ini, Encik Shariffuddin Ahmad, hanya mampu bertahan berdiri di pagar utama Istana di Orchard Road sebelum akhirnya putus asa menanti kerana barisan pengunjung yang panjang di situ.



Warga emas berusia 65 tahun itu akhirnya berkesempatan menghadiri Rumah Terbuka Istana sempena Tahun Baru Cina yang diadakan pada skala kecil tahun ini pada Rabu lalu (10 Februari)



Beliau adalah sebahagian daripada 18 penerima bantuan dan pengasuh daripada pertubuhan Cerebral Palsy Alliance Singapore dan St Luke's Elder Care yang diundang ke rumah terbuka itu, lapor akhbar The Straits Times.



Ini adalah satu-satunya acara rumah terbuka di Istana yang dibuat secara fizikal dalam tempoh setahun selepas empat acara rumah terbuka sebelum ini dikendalikan secara maya kerana wabak Covid-19.



"Saya rasa bertuah. Saya tidak pernah berbual dengan Presiden Halimah Yacob sebelum ini tetapi hari ini, saya berpeluang bersembang dengan beliau," kata Encik Shariffuddin yang mengalami strok sebelum ini dan kini berkerusi roda.



Sewaktu lawatan itu, beliau berpeluang menyaksikan persembahan Orkestra Cina Sekolah Rendah Nanyang di samping menghadiri majlis pelancaran taman baru yang direka khusus buat pengunjung sepertinya yang merupakan warga emas, pengguna kerusi roda mahupun golongan lain yang kurang upaya.



Idea menyediakan Taman Inklusif baru ini diusulkan Puan Halimah bagi menjadikan Istana yang merupakan kediaman rasmi Presiden, lebih mudah dan terbuka dikunjungi orang ramai.



Taman ini merupakan satu kerjasama antara Pejabat Presiden dengan Lembaga Taman Negara (Nparks). Ia mempunyai laluan pejalan kaki seluas sekurang-kurangnya 1.5 meter yang juga sesuai digunakan pengguna kerusi roda.



Ia juga menampung 30 tumbuhan daripada Taman Rempah Ratus Istana yang dilancarkan pada 2015 dan kini menampung lebih 100 spesies tumbuhan.



Encik Shariffuddin yang sebelum ini sering berjalan kaki di Kebun Bunga Singapura sebelum diserang strok mengelilingi Taman Inklusif itu dengan kerusi rodanya dan menyatakan pengalamannya sangat menenangkan dan menyelesakan.



Pengarah Kumpulan NParks bagi divisyen Fort Canning dan Istana, Encik Ryan Lee, berkata usaha yang dibuat secara sengaja, dalam memilih tumbuhan yang akan mendidik orang awam tentang herba dan rempah tempatan serta tumbuhan lain akan merangsang deria pengunjung.



Sebagai contoh, tumbuhan dengan pelbagai kegunaan yang dipanggil 'butterfly ginger'mempunyai tuber yang boleh dimakan, bunga yang berbau harum, minyak pati yang digunakan bagi produk kosmetik dan batang yang boleh dilenyek dan menjadi penawar kulit yang luka atau bengkak.



Tumbuhan lain seperti rosel dan serai yang menjadi bahan bagi minuman khas Istana, Istana Harvest, yang tercipta pada 2016, juga boleh anda lihat di taman ini. Minuman ini dihidangkan kepada tetamu terhormat dari luar negara dan Singapura.



Tumbuhan lain juga dipilih kerana mengembalikan kenangan silam warga emas yang datang berkunjung, kata timbalan pengarah bersama NParks, Dr Wilson Wong.



Beliau mengambil contoh tumbuhan Ramie, sejenis pokok renek kecil, yang mungkin tidak menarik perhatian tetapi dikenali dalam kalangan warga emas, sebagai bahan utama orh ku kueh, sejenis sajian pulut yang dikukus dan diisi dengan kekacang mung.



Seorang lagi pengunjung yang datang ke Taman Inklusif itu pada Rabu, Encik Chia Song Lee, berkata beliau tidak begitu memerhatikan tumbuhan di situ sehinggalah dirinya mampu lebih menghargainya setelah diberi taklimat oleh kakitangan NParks tentang taman tersebut. 



"Saya rasa tumbuhan lada itu cantik. Saya akan beritahu isteri saya tentang lawatan ini apabila saya pulang ke rumah," kata warga emas berusia 72 tahun itu.



Puan Halimah yang berinteraksi dengan pengunjung selama setengah jam pula berkata beliau berharap lebih ramai pengunjung dapat melawat taman itu.



"Kami ingin secara perlahan-lahan membuka Istana ini apabila kami mempunyai sesi rumah terbuka secara berperingkat-peringkat dan dalam keadaan lebih terkawal," katanya.



Sebagai contoh, pengunjung mungkin perlu mendaftar terlebih dahulu untuk ke Istana, kata Puan Halimah.



Mengenai taman baru itu, beliau berkata sedang ia pastinya payah buat mereka dengan masalah pergerakan menjelajah seluruh perkarangan Istana, sekurang-kurangnya, mereka mampu menikmati taman yang permai dalam kunjungan tersebut. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >