UNIT penghawa dingin yang terletak di bilik tidur rumah teres warisan di sepanjang Towner Road terbakar tengah hari tadi.
Asap hitam kelihatan mengelilingi kawasan itu namun tiada kecederaan yang dilaporkan.
Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa rumah tersebut kosong pada masa itu.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan tentang kejadian di 104 Towner Road itu pada 2.19 petang, dan telah memadamkan api tersebut menggunakan jet air.
Kereta bomba, dua motosikal bomba dan kenderaan sokongan dikerah ke tempat kejadian.
Unit penghawa dingin tersebut terletak di tingkat dua rumah tersebut.
SCDF menambah bahawa punca kebakaran sedang disiasat.