Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Rumah tetap bersinar walau sambutan dalam 'senyap'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rumah tetap bersinar walau sambutan dalam 'senyap'

Nov 04, 2021 | 05:30 AM

SETIAP tahun menjelang perayaan Deepavali, rumah Encik V. Vimal Kumar biasanya akan diubah elok dengan perabot, cat dan barang rumah baru.

Menurut pereka grafik bebas itu, perayaan tersebut adalah satu peluang bagi keluarganya, dan juga keluarga berbangsa India lain, memperbaharui rumah mereka, sedang mereka bersiap sedia menerima tetamu pada hari penuh gemilang ini.

Namun, meskipun pandemik Covid-19 telah menjejas perayaan mereka dua tahun berturut-turut dan membuatnya sukar mengundang ramai saudara datang ke rumahnya, Encik Vimal, 28 tahun, tetap bersungguh-sungguh mencantikkan rumahnya itu.

Ini termasuk, upacara menyediakan lampu-lampu serta menyalakan lilin bersama semua isi rumahnya pada malam Deepavali - sebagai petunjuk bahawa sinaran cahaya memberi harapan dalam kegelapan, untuk menyambut kemakmuran, kesihatan dan harapan bahawa kebaikan sentiasa mengatasi keburukan, menurutnya berdasarkan kepercayaan agamanya.

"Tak selengkap dululah, kalau tahun-tahun yang lalu kami selalu cat semula rumah, beli perabot baru dan sebagainya. Tapi tahun ini, kami beli perabot dan barang elektrik baru sahaja.

"Satu yang menarik dalam budaya kami menjelang sambutan Deepavali adalah perayaan itu satu alasan yang baik untuk memperbaharui rumah kita," katanya yang juga seorang penggiat seni dalam industri seni tempatan di sini yang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana dalam jurusan kajian seni di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Namun, sama seperti tahun lalu, Encik Vimal bersama seorang adik lelakinya dan ibu bapanya terpaksa menyambut Deepavali dengan 'senyap' berbanding tahun-tahun sebelum pandemik Covid-19 menimpa negara ini.

"Kami tak ada rancangan menziarah saudara-saudara. Kami tidak ingin mengambil sebarang risiko pun," tegasnya ketika dihubungi Berita Harian kelmarin.

"Tapi kami sudah biasakan diri dengan Zoom dan sebagainya jadi kami akan berhubung dengan itu sahaja," katanya lagi.

Menurutnya, keluarganya telah merancang menghubungi saudara-mara menerusi kaedah dalam talian kerana mematuhi peraturan Covid-19 semasa "adalah satu keputusan yang paling bertanggungjawab buat masa ini".

"Duduk di rumah sahaja tanpa ada tetamu, meskipun amat pelik dan sukar ditelan, adalah hakikat dan norma baru semasa pandemik ini," kata Encik Vimal lagi.

Namun, beliau tetap amat gembira dapat melakukan kegiatan membeli-belah bersama keluarganya di Little India yang meskipun ada kawalan terhadap bilangan orang berhimpun di situ, tetap menawarkan suasana dan pengalaman yang sama.

"Tiada perbezaan dari segi pengalaman dan kekecohan semasa membeli-belah di sana," kata Encik Vimal.

"Kami tetap sibuk membeli baju baru, kaum wanita akan menempah barang kemas baru dan kemudian menginaikan tangan-tangan mereka. Jadi, walaupun sambutan Deepavali memang lebih senyap, ia tetap masih meriah buat kami sekeluarga."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3