Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumusan saranan panel Jawatankuasa Pilihan berkaitan berita palsu

Sep 20, 2018 | 06:36 PM



MENGHADAPI cabaran pemalsuan yang disengajakan dalam talian memerlukan pendekatan pelbagai arah, dipandu oleh nilai dan aspirasi masyarakat Singapura, menurut Jawatankuasa Pilihan berkaitan Pemalsuan dalam Talian dalam laporannya hari ini. 



Jawatankuasa tersebut mengemukakan 22 saranan untuk memerangi pemalsuan. 



Berita Harian merumuskan beberapa saranan yang dikemukakan:  



1) RANGKA KERJA  PENDIDIKAN AWAM NASIONAL



Pemerintah harus menubuhkan rangka kerja untuk mengendalikan dan memandu inisiatif pendidikan awam, demi memastikan ia memiliki skop dan skala yang diperlukan.



Sebagai contoh, untuk sekolah-sekolah, rangka kerja harus merangkumi kemahiran pemikiran kritikal dan kurikulum meluas dengan komponen yang membentangkan dorongan serta agenda mereka yang menyebarkan berita palsu. 



Pendidikan moral dan sivik juga harus menerapkan cara pemikiran awam yang aktif dan konstruktif serta tingkah laku yang bertanggungjawab dalam talian. 



Bagi masyarakat awam, rangka kerja tersebut harus memandu usaha pendidikan dalam menerapkan kecelikan media dan maklumat.



2) MEMASTIKAN KEWARTAWANAN YANG TEPAT 



Pertubuhan berita, syarikat teknologi dan institut pendidikan tinggi harus mempertimbangkan cara-cara untuk meningkatkan latihan wartawan dari pelbagai latar belakang, terutama sekali dari segi teknik memastikan ketepatan berita. 



Wartawan harus proaktif dalam mencari cara untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk memeriksa fakta digital, dan melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan tentang bagaimana kempen berita palsu dan maklumat salah berfungsi.



Media arus perdana dan platform berita alternatif juga harus berpegang kepada profesionalisme kewartawanan yang sama, dari segi keadilan, ketepatan dan integriti laporan. 



Pemerintah harus mempertimbangkan cara untuk menyokong matlamat ini dalam memastikan amalan kewartawanan yang baik. 



3) MENDORONG PERPADUAN SOSIAL SECARA AKTIF 



Pertubuhan dan inisiatif yang mendorong perpaduan sosial harus memberikan penerangan dan maklumat tentang penyelewengan dan pemalsuan yang menjejas perpaduan sosial. 



Ini boleh dicapai melalui interaksi antara individu dan dengan menubuhkan “ruang selamat” untuk menukar pandangan tentang isu sensitif. 



Mereka juga boleh memainkan peranan sebagai suara berpengaruh dalam masyarakat dan menjadi orang tengah dalam perbincangan antara kumpulan yang berbeza.



4) KEPERCAYAAN TERHADAP INSTITUSI AWAM



Institusi awam harus menyediakan maklumat tepat kepada orang ramai sebagai respons kepada maklumat yang salah dan juga mengeluarkan maklumat terdahulu untuk “menjauhkan orang ramai” dari pemalsuan dalam talian. 



Usaha-usaha semasa juga perlu disemak semula untuk memastikan ketelusan, akauntabiliti dan penyertaan serta komunikasi orang ramai. 



5) KUMPULAN YANG MEMERIKSA FAKTA



Pertubuhan media dan rakan kongsi mereka dari industri lain harus mempertimbangkan kumpulan yang boleh memeriksa dan mendedahkan kepalsuan dengan pantas dan boleh dipercayai, atau memberi sokongan kepada inisiatif seperti itu. 



Namun, peranan pemerintah dalam kumpulan seperti itu harus dipertimbang, berdasarkan pandangan yang berbeza mengenai penglibatannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >