Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rundingan dagang antara SG dengan 4 negara Perikatan Pasifik selesai dijalankan

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



PERIKATAN Pasifik (PA) dan Singapura telah selesai mengadakan rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Bebas Perikatan Pasifik-Singapura (PASFTA).



Perjanjian tersebut akan meningkatkan hubungan komersial antara Singapura dan anggota negara perikatan tersebut yang terdiri daripada Colombia, Peru, Mexico dan Chile.



Menteri-menteri anggota perikatan itu telah menghadiri satu sidang video kelmarin, bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Encik Gan Kim Yong.



Ini menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura semalam.



Dalam kenyataan itu, Encik Gan berkata PASFTA menjalin kerjasama ekonomi yang moden, menyeluruh, bermutu tinggi serta saling menguntungkan.



"Perjanjian ini melengkapi hubungan dua hala dan berbilang hala sedia ada Singapura dengan setiap negara Perikatan Pasifik, termasuk Perjanjian Kerjasama Ekonomi Strategik Rentas Pasifik, FTA Peru-Singapura, dan Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP)," ujar Encik Gan.



Beliau turut menarik perhatian bahawa perjanjian terbaru itu juga merupakan FTA pertama Singapura dengan Colombia.



Presiden Sementara Perikatan Pasifik (PA), Cik Maria Ximena Lombana, berkata FTA itu merupakan satu usaha penting dalam penyepaduan PA bersama Asia-Pasifik.



Ini akan membolehkan PA untuk memberi Singapura status Negara Bersekutu yang pertama kepada perikatan tersebut.



"Dengan adanya perjanjian baru antara Singapura dan PA, kami akan berusaha ke arah meningkatkan hubungan komersial, menarik pelaburan, meluas akses pasaran barangan, dan meningkatkan akses bagi penyedia khidmat dalam pelbagai sektor," kata Cik Lombana.



Tambahnya lagi, anggota perikatan dan Singapura juga boleh meneroka kerjasama dari segi teknologi, ekonomi digital, pengurusan pelabuhan, logistik, prasarana dan huraian bandar, tenaga dan perdagangan makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >