Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10

Rupiah naik ke paras tertinggi sejak Oktober

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rupiah naik ke paras tertinggi sejak Oktober

Feb 10, 2016 | 02:26 PM

SINGAPURA: Nilai mata wang rupiah meningkat ke paras tertinggi sejak Oktober didorong oleh spekulasi bahawa Indonesia bakal berjaya menarik pelaburan sedang ekonominya mula pulih.

Bank Indonesia melihat ruang bagi melonggarkan kewangan dan pertumbuhan boleh meningkat tahun ini, selepas ekonomi suku keempat negara itu mengatasi jangkaan penganalisis, kata pengarah eksekutif dasar kewangan Juda Agung, semalam.

Rupiah meningkat 1.2 peratus kepada paras 13,445 rupiah berbanding setiap dolar Amerika sekitar 11.43 pagi di Jakarta dan telah meningkat sebanyak 2.4 peratus dalam tempoh empat hari lalu.

Rupiah juga kukuh berbanding dolar Singapura - naik 1 peratus kepada 9,618 rupiah bagi setiap dolar pada sekitar 1.14 petang, berbanding 9,717.65 rupiah semalam. - Bloomberg

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3