Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rusa sambar liar sebabkan kemalangan 3 kenderaan di BKE; pemandu teksi cedera

Jun 17, 2018 | 01:13 PM



SEEKOR rusa sambar liar cedera selepas ia merayau masuk ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE) berhampiran Mandai Road dan menyebabkan berlaku kemalangan melibatkan tiga kenderaan pada  Ahad (17 Jun).



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan itu yang melibatkan teksi, kereta dan motosikal di BKE, ke arah Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), selepas keluar Mandai Road pada 4.40 pagi.



Pemandu teksi berusia 46 tahun luka di kepalanya dan dibawa ke Hospital Umum Ng Teng Fong.



Menurut The Straits Times, kemalangan itu berlaku semasa penunggang motosikal cuba mengelakkan rusa itu, menyebabkan pemandu kereta dan teksi menekan brek kecemasan. Polis masih menyiasat.



Rakaman kamera dalam kereta yang dikongsi di media sosial menunjukkan rusa itu sukar bergerak.



Pasukan penyelamat hidupan liar dari Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres) tiba di tempat kejadiaan  setelah menerima panggilan sekitar 5 pagi, kata ketua eksekutif Kalai Vanan.



"Rusa itu tidak bergerak, membayangkan kecederaan teruk," kata Encik Kalai.



Kerana saiz rusa itu besar, Rizab Hidupan Liar Singapura telah dimaklumkan dan satu pasukan datang dan menenangkan haiwan itu sekitar 7.30 pagi.



Encik Kalai berkata kain diletak pada pada bahagian bagi menenangkan rusa itu sedang aliran lalu lintas berterusan. Katanya, rusa itu mengalami beberapa luka, tetapi lebih banyak ujian perlu dilakukan untuk menentukan tahap kecederaan dalaman atau tulang belakang.



Dianggarkan seberat 150 kilogram, rusa itu mungkin tidak dapat bertahan, katanya.



Rusa Sambar biasanya tinggal dalam hutan tebal, walaupun mungkin merayau ke pinggir   hutan akibat gangguan atau mencari makanan.



Menurut Encik Kalai, rusa sambar telah terlibat dalam kemalangan jalan raya lain sebelum ini.



Penguasa Pengangkutan Darat memberi amaran kepada pemilik kenderaan dalam tweet pada 5 pagi supaya mengelakkan lorong pertama ke ketiga di BKE ke arah PIE, selepas jalan Mandai keluar kerana kemalangan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >