Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Russia tawan kedudukan terakhir Ukraine di wilayah utama Donbas

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, kelmarin mengakui bahawa pasukan Kyiv telah berundur dari Lysychansk di timur wilayah Donbas, selepas bedilan hebat oleh pihak Russia.



Namun, beliau berikrar akan merampas semula kawasan itu dengan bantuan senjata jarak jauh pihak barat.



Russia berkata kejayaan pihaknya menawan bandar Lysychansk, kedudukan terakhir Ukraine yang bertahan di wilayah utama itu, memberinya kawalan sepenuhnya kawasan timur Luhansk.



Kawalan sepenuhnya bandar Lysychansk berlaku kurang seminggu selepas bandar berdekatan, Sievierdonetsk, jatuh ke tangan Russia.



Ini dianggap satu kejayaan politik bagi sasaran perang Kremlin.



Tumpuan perang kini beralih pula ke wilayah Donetsk yang berdekatan yang masih dikawal Kyiv.



"Sekiranya komander tentera kami menarik balik tentera dari kawasan tertentu di barisan hadapan, di mana pihak musuh mempunyai kuasa senjata lebih hebat, dan ini termasuk juga Lysychansk, ia bermakna satu perkara.



"Bahawa kami akan kembali, mengikut taktik kami. Terima kasih kepada pertambahan bekalan senjata moden," kata Encik Zelensky semasa menyampaikan satu taklimat menerusi video.



Beliau berkata Russia sedang memberi tumpuan kuasa senjatanya di barisan hadapan Donbas, namun Ukraine akan membalas dengan senjata jarak jauh seperti pelancar roket HIMARS yang dibekalkan Amerika Syarikat.



"Yang pasti ialah kami melindungi nyawa askar kami, rakyat kami, dan ini merupakan peranan yang sama pentingnya.



"Kami akan membina semula tembok pertahanan, kami akan rampas semula tanah air kami, dan rakyat mesti dilindungi walau apa pun," ujar Encik Zelensky.



Sejak meninggalkan serangan mereka ke atas ibu kota Kyiv, Russia menumpukan perhatian pada operasi ketenteraannya di Donbas, yang turut meliputi wilayah Luhansk dan Donetsk, tempat pemisah yang disokong Moscow menentang Ukraine sejak 2014.



Russia berkata ia akan menawan wilayah Luhansk dalam usaha memberikannya kepada Republik Rakyat Luhansk yang disokong Russia, yang mengiktiraf kemerdekaannya sehari sebelum perang.



Menteri Pertahanan Russia, Encik Sergei Shoigu, memberitahu Presiden Vladimir Putin bahawa Luhansk telah "dibebaskan", kata kementerian pertahanan Russia.



Ini selepas Russia berkata pasukannya berjaya menawan kawasan perkampungan sekitar Lysychansk dan keliling bandar itu. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >