Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rusuhan: 7 penghuni Singapore Boys’ Home dikenakan tuduhan

Sep 29, 2018 | 01:30 PM



TUJUH penghuni  Singapore Boys’ Home   berusia antara 14 dan 17 tahun telah  didakwa melakukan rusuhan dengan senjata pada pagi   Sabtu (29 Sep), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee.



Seramai   tujuh lagi penghuni dibebaskan,   katanya.



Empat belas remaja itu ditangkap pada  Jumaat malam selepas satu rusuhan  dikatakan berlaku,  tetapi identiti mereka tidak  didedahkan  kerana mereka juvenil.

 

Encik Lee menambah bahawa hanya seorang pegawai bimbingan remaja  masih  di hospital bagi  pemerhatian lanjut, selepas dua  pegawai dan seorang pegawai polis bantuan dihantar  ke Hospital Ng Teng Fong kerana mengalami  kecederaan ringan pada Jumaat malam.



Pegawai yang masih di hospital kelihatan baik-baik saja, tambah Encik Lee, yang bercakap di sela-sela pelancaran tempat penetasan penyu di Pulau Subar Laut dan Pulau Subar Darat (Sisters’ Island)  pada  Sabtu.



Pada  Jumaat,  polis berkata mereka menerima panggilan bagi  bantuan pada  5.51 malam. Akhbar The Straits Times tiba di luar rumah di Jurong itu sekitar 7 malam dan melihat lebih 15 kenderaan polis dan 10 bas polis di situ.



Rumah itu kediaman bagi remaja yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga. Ia menempatkan remaja lelaki berisiko berusia antara 12 hingga 21 tahun yang mungkin juga mengalami masalah dengan undang-undang.



Polis berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >