Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Rusuhan di Little India: Pendakwa raya gulung kes ke atas tertuduh pertama

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rusuhan di Little India: Pendakwa raya gulung kes ke atas tertuduh pertama

Apr 24, 2014 | 01:35 PM

PIHAK pendakwa raya hari ini telah menggulung kes mereka ke atas pekerja binaan, Mahalingam Thavamani, lelaki pertama daripada seramai 25 lelaki yang dituduh kerana berperanan dalam rusuhan di Little India, yang mohon dibicarakan.

Thavamani, seorang warga India, dituduh menghalang polis sewaktu rusuhan pada 8 Disember lalu, di mana dia didakwa cuba memasuki kawasan larangan di laluan Belilios Road meskipun diberitahu untuk tidak berbuat demikian.

Tertuduh berusia 27 tahun kekal menyatakan bahawa dia sedang menunggu adik lelakinya yang telah hilang pada malam kejadian rusuhan itu dan punya sejarah mudah pitam.

Mengambil tempat di kandang saksi adalah salah seorang daripada lima rakannya yang berada bersama-sama tertuduh pada malam 8 Disember itu, pemotong gelas, Balakritinan Madhu Damodran, 27 tahun.

Beliau merupakan saksi saksi keenam dan terakhir untuk pasukan pendakwa.

Damodran memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak nampak Thavamani tidak mengendahkan arahan polis atau bertindak dalam keadaan marah ke atas mereka, sebagaimana yang dinyatakan seorang pegawai polis yang memberkasnya, semasa memberi keterangan di mahkamah.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa peguam bela B.J Lean akan membuat penggulungan pada awal Mei ini bahawa anak guamnya tidak punya kes ke atasnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3