Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rusuhan di Little India: Warga India dipenjara 15 minggu

Feb 10, 2014 | 05:14 PM



SEORANG warga India berusia 32 tahun telah dihukum penjara selama 15 minggu atas peranannya semasa rusuhan di Little India pada Disember lalu.


Chinnappa Vijayaragunatha Poopathi, merupakan pesalah pertama yang menerima hukuman daripada seramai 25 orang yang terlibat dalam rusuhan itu.


Chinnappa yang mulanya dituduh merusuh, mengaku bersalah pada Jumaat lalu atas tuduhan yang telah dipinda - berada dalam satu perhimpunan - meskipun telah dikerah untuk bersurai di bawah Seksyen 151 Kanun Jenayah.


Timbalan ketua hakim daerah, Cik S. Jenifer Marie, mengarahkan tempoh tahanan Chinnappa bermula dari sewaktu dia diberkas pada 8 Disember lalu.


Dia boleh menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau didenda berbanding tujuh tahun penjara dan dirotan kerana merusuh.


Dipercayai, ini merupakan kali pertama Seksyen 151 digunakan di Singapura.


Rusuhan yang berlaku pada 8 Disember lalu adalah kes keganasan terburuh yang pernah dihadapi Singapura sejak lebih 40 tahun lalu.


Ia mengakibatkan 49 anggota Home Team cedera dan 23 kenderaan kecemasan rosak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >