Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rusuhan Little India: Perusuh awalnya ingin bantu mangsa nahas

Mar 10, 2014 | 06:25 PM



SEKUMPULAN orang yang berhimpun di tempat kejadian nahas jalan raya yang mencetus rusuhan di Little India Disember lalu hanya mahu menolong.


Seorang wakil daripada masyarakat Tamil di sini, Encik M. Govindaraju, 63 tahun, mendedahkan demikian kepada Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai rusuhan itu hari ini (10 Mac).


Nahas yang melibatkan sebuah bas itu meragut nyawa seorang pekerja binaan warga India, Encik Sakthivel Kumaravelu, 33 tahun.


Menurut Encik Govindaraju, sekumpulan orang itu menjadi ganas apabila percubaan mereka untuk menyelamatkan rakan senegara mereka, Encik Sakthivel yang terperangkap di bawah bas itu, ditolak oleh pegawai kecemasan pertama yang tiba di tempat kejadian.


Encik Govindaraju adalah sebahagian kumpulan Masyarakat Tamil Singapura yang telah meminta kebenaran daripada pihak COI untuk memberi keterangan dan berkongsi pandangan kumpulannya tentang rusuhan di Little India itu.


Namun, apabila salah seorang anggota COI, Encik John De Payva, bertanya apakah sumber maklumatnya, Encik Govindaraju yang tidak berada di tempat kejadian pada 8 Disember lalu berkata ia adalah khabar angin yang didengarnya.


"Saya dengar daripada beberapa pekedai di kawasan itu yang enggan dinamakan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >