Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rusuhan Little India: Warga India pertama mengaku bersalah

Feb 07, 2014 | 06:51 PM



WARGA India, Chinnappa Vijayaragunatha Poopathi, hari ini menjadi orang pertama yang mengaku bersalah atas kesalahan mengambil bahagian dalam rusuhan di Little India.


Dia merupakan antara 25 lelaki yang dituduh melakukan kesalahan tersebut Disember lalu.


Chinnappa, 32 tahun, mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan ke atasnya dipinda daripada kesalahan merusuh kepada kesalahan gagal bersurai.


Hukuman ke atasnya dijangka dijatuhkan Isnin ini.


Chinnappa boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan/atau didenda bagi kesalahan menyertai dan meneruskan perhimpunan selepas diarah supaya bersurai.


Hukuman merusuh pula adalah penjara sehingga tujuh tahun dan sebat.


Rusuhan pada 8 Disember lalu itu mengakibatkan 25 kenderaan kecemasan rosak dan 39 pegawai Home Team cedera.


Ia adalah keganasan terburuk di Singapura sejak empat dekad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >