Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RWS lancar inisiatif bantu keluarga memerlukan dapat makanan segar

Sep 06, 2023 | 07:17 PM



Resorts World Sentosa (RWS) telah bergabung tenaga dengan Food from the Heart (FFTH) untuk melancarkan inisiatif RWS Eat Well @ Community Shop, bagi meningkatkan akses kepada makanan segar dan berkhasiat untuk keluarga berpendapatan rendah.


Di bawah inisiatif itu, resort bersepadu itu akan menyumbang $300,000 untuk membiayai bekalan hasil segar kepada empat Kedai Komuniti FFTH selama tiga tahun.

Pasar mini ‘shop-for-free’ itu terletak di Boon Lay, Lengkok Bahru, Mountbatten dan Punggol, bagi memenuhi keperluan 2,400 keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara.

Kerjasama itu menyusuli tinjauan FFTH yang mendedahkan lebih ramai keluarga telah menyesuaikan strategi berbelanja barangan runcit mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang lebih tinggi.

Antara strategi tersebut ialah memilih hanya makanan dengan jangka hayat lebih lama.

Bagaimanapun, pendekatan itu menjejas pemakanan seimbang, dengan badan amal makanan menyaksikan penebusan hanya 5 peratus kategori makanan segar di empat Kedai Komunitinya awal tahun lepas.

Untuk menangani cabaran itu, inisiatif tersebut akan membekalkan Kedai Komuniti dengan hasil segar termasuk sayur kubis cina, bayam, kailan dan telur. Bekalan segar berkualiti tinggi ini datang dari ladang di Singapura.

Setiap isi rumah yang layak kini boleh memilih dua barangan tambahan daripada kategori makanan segar setiap bulan secara percuma, melengkapi 12 bahan makanan penting tidak mudah rosak sedia ada yang boleh didapati setiap isi rumah.

Inisiatif di bawah RWS Cares, cabang pembangunan komunitinya, adalah sebahagian daripada usaha berterusan RWS untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.


Naib Presiden Kanan Tarikan dan Kemampanan RWS, Cik Loh Su Kim, berkata:

“Inisiatif ini menangani dua fokus utama yang selaras dengan usaha pembangunan komuniti kami. Pertama, kami berharap dapat memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat dalam kalangan kumpulan tersebut dengan membantu mereka mendapat akses yang lebih baik kepada makanan segar dan berkhasiat.

“Kedua, kami berusaha untuk menyokong komuniti petani tempatan kami dengan membeli bekalan daripada mereka untuk membantu membentuk masa depan yang lebih berdaya tahan dan mampan untuk semua, terutamanya landskap makanan Singapura.


“Apabila kami melihat usaha ini meninggalkan kesan yang bermakna ke atas keluarga dan pertanian setempat, ia benar-benar menggembirakan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >