Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura dan Saudi meterai MOU dalam perlindungan sekitaran dan sumber air

Nov 07, 2019 | 09:29 PM



SINGAPURA dan Arab Saudi, pada Rabu (6 November),  telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi memperdalam kerjasama dalam perlindungan sekitaran dan pengurusan sisa air.

 

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan rakan sejawatannya dari Saudi Abdulrahman Al-Fadli  menandatangani MOU itu.

 

Encik Masagos berkata MOU ini adalah saat mercu tanda dalam hubungan dua hala antara Singapura dengan Saudi dan membuka laluan bagi kerjasama lebih luas dalam perlindungan sekitaran dan pengurusan sumber air.

 

“Singapura telah bekerjasama dengan Saudi sejak dulu lagi - dalam usaha penyulingan air  - dan MOU ini memperluas dan memperdalam kerjasama ini,” ujar Encik Masagos, yang berkata bahawa pegawai kerajaan Saudi akan ke Singapura bulan depan untuk mengadakan tindakan susulan bagi MOU ini.

 

Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar berkata MOU itu bersumber dari kepentingan bersama kededua negara dalam usaha menangani isu kekurangan sumber air dan mempertingkat daya tahan sekitaran.

 

“MOU ini  membuka laluan bagi kerjasama lebih luas dalam bidang pengurusan mutu air, rawatan sisa pejal dan kawalan penceamaran udara,” kata MFA.



Encik Masagos berada di Saudi kerana menyertai rombongan Presiden yang sedang mengadakan lawatan negara ke Timur Tengah dari 3-8 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >