Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura lapor 2 kelompok Covid-19 baru: pasar raya Giant di Hougang dan satu dengan 32 kes

Aug 19, 2021 | 11:55 PM



DUA kelompok Covid-19 baru dilaporkan pada Khamis (19 Ogos), termasuk satu di pasar raya Giant di Blok 683 Hougang Avenue 8 dengan tujuh kes.


Satu lagi kelompok dikaitkan dengan seorang individu, dan kini mempunyai 32 kes.


Dalam satu kiriman Facebook pada Selasa, Giant berkata beberapa pekerjanya yang bertugas di kedai tersebut telah disahkan positif Covid-19, dan menambah kedai itu ditutup untuk kerja pembersihan.


Sejumlah 32 kes Covid-19 baru dikesan pada Khamis, termasuk 29 kes masyarakat.


Ini termasuk 11 kes yang berkait dengan kes terdahulu dan sudah dikuarantin, dan lima kes yang berkait dengan kes terdahulu yang tidak dikuarantin apabila disahkan positif.


Baki 13 kes tidak berkait dengan kes terdahulu.


Sebanyak tiga kes import juga telah dikesan dan diasingkan sebaik tiba di sini.


Secara keseluruhan, Singapura telah mencatat 66,366 kes Covid-19 sejauh ini.


MOH juga berkata lima kelompok telah ditutup.


Ini bermakna terdapat 84 kelompok aktif kini yang mempunyai antara tiga dengan 1,155 jangkitan.


MOH juga berkata bilangan kes baru dalam masyarakat telah turun dari 412 dua minggu lalu ke 290 minggu lalu.


Bilangan kes yang tidak berkait telah turun dari 112 ke 80 dalam tempoh yang sama.


Buat masa ini, 391 pesakit dirawat di hospital.


Daripada jumlah itu, 29 memerlukan sokongan oksigen, sementara lapan berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.


Di kalangan mereka yang sakit teruk, 28 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun, dan di kalangan mereka, 22 tidak divaksin atau baru menerima satu dos vaksin.


MOH berkata terdapat bukti berterusan bahawa hampir semua individu yang telah divaksin tidak mengalami penyakit serius apabila dijangkiti, kecuali mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan.


Dalam masa 28 hari kebelakangan, peratusan orang yang tidak divaksin yang menjadi sakit teruk atau meninggal dunia adalah 9.1 peratus manakala peratusan sama untuk orang yang telah menerima dua dos vaksin adalah 1.7 peratus, tambah kementerian itu.


Mengenai usaha vaksinasi negara, MOH berkata 77 peratus penduduk Singapura telah diberi dua dos vaksin hingga Rabu, sementara 82 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.


Sejumlah 8,507,687 dos vaksin Covid-19 telah diberikan di bawah program vaksinasi nasional itu, meliputi 4,453,578 orang, dengan 4,186,252 orang telah menerima dua dos vaksin.


Selain itu, 153,913 dos vaksin lain yang disertakan dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan, meliputi 84,219 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >