Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, M'sia benarkan perjalanan rentas sempadan atas dasar belas ihsan mulai 17 Mei

May 02, 2021 | 05:53 PM



SINGAPURA dan Malaysia akan membenarkan perjalanan merentas sempadan antara dua negara itu bagi mereka yang ingin mengunjungi ahli keluarga atas sebab-sebab kecemasan kesihatan dan kematian, mulai 17 Mei ini.



Butiran mengenai aturan itu akan dikeluarkan kemudian, tetapi ia akan melibatkan langkah seperti menjalankan ujian Covid-19 ke atas pengunjung, dan keperluan untuk dikuarantin, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada Ahad (2 Mei).



Dr Balakrishnan membuat pengumuman itu bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang berada di Singapura bagi satu lawatan rasmi yang berlangsung hingga Ahad.



Datuk Seri Hishammuddin berkata perjalanan yang akan dibenarkan atas dasar belas ihsan termasuk golongan yang ingin rentas sempadan untuk bersama mereka yang sakit parah atau menghadiri pengebumian.



Dr Balakrishnan berkata langkah itu diperlukan memandangkan "hubungan erat" yang dikongsi oleh kedua-dua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >