Singapura menyambut ketibaan tahun baru dengan pertunjukan bunga api tujuh minit penuh gah di Marina Bay pada Selasa (1 Jan).
Hujan renyai dan cuaca mendung gagal melemahkan semangat orang ramai yang berhimpun di kawasan itu bagi menyaksikan bukan sahaja pertunjukan bunga api, amal pementasan muzikal di The Float@Marina Bay dan mengambil bahagian dalam permainan dan acara lain di karnival Prudential.
Persembahan ‘live’ juga diteruskan di Pentas Terbuka Esplanade.
Acara di The Float melibatkan artis seperti pemain genderang Taiko, penari dan artis pertunjukan api, kesemuanya dari Star Island Production di bawah naungan Avex - syarikat hiburan utama dari Jepun.
Di The Promontory, artis setempat seperti Taufik Batisah, Gentle Bones dan Joanna Dong menghiburkan penonton.