Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura sangkal laporan Oxfam tentang caranya menangani ketidaksaksamaan

Oct 10, 2018 | 03:34 PM



SINGAPURA mungkin tidak berbelanja sebanyak yang dibelanjakan negara lain bagi jagaan kesihatan dan pendidikan, tetapi pencapaiannya dalam bahagian ini adalah penting dan lebih baik daripada kebanyakan negara lain.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Desmond Lee berkata demikian pada Selasa (9 Oktober) apabila beliau menyangkal laporan yang mengecam Singapura sebagai ‘antara negara yang menunjukkan kelakonan paling teruk di dunia dalam usaha menangani ketidaksaksamaan’.



Indeks Komitmen untuk Mengurangkan Ketidaksaksamaan, yang disiapkan oleh pertubuhan tanpa untung Oxfam dan Development Finance International, memberi Singapura ranking ke-149 antara 157 negara - di bawah Habsyah dan Afghanistan, dan di atas Bhutan dan Haiti.



Indeks itu melaporkan ukuran ukuran komitmen setiap negara mengurangkan ketidaksaksamaan dengan melihat perbelanjaan sosial, dasar cukai dan hak pekerja.



Laporan itu berkata sistem cukai di Singapura adalah yang paling teruk di dunia untuk menangani ketidaksaksamaan kerana ia ‘kurang mencukai individu dan pertubuhan mewah’.



Cukai pendapatan peribadi bagi individu yang meraih gaji tertinggi di sini ialah 22 peratus, sementara cukai korporat adalah 17 peratus. Kededua peratusan ini adalah terlalu rendah, kata laporan itu.



Menjawab, Encik Lee berkata:



“Iya, cukai pendapatan yang dikenakan ke atas warga Singapura adalah rendah. Dan hampir separuh daripada penduduk di sini tidak membayar sebarang cukai pendapatan.



“Namun, mereka meraih manfaat lebih daripada kadar yang dijangka, daripada prasarana bermutu tinggi dan sokongan sosial yang diberikan negara.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >