Subuh
5:40
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

'Sabar, beri pekerja pembersihan masa bersih meja'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

'Sabar, beri pekerja pembersihan masa bersih meja'

Jan 29, 2022 | 05:30 AM

MENTERI Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, menggesa pelanggan agar lebih bersabar ketika makan sewaktu masa sibuk kerana pekerja pembersihan memerlukan lebih banyak masa untuk membersihkan meja.

"Saya harap kita lebih sabar dalam situasi di mana pekerja pembersihan memerlukan masa untuk datang ke meja, mengelap dan mensanitasi meja.

"Pekerja pembersihan sedang melakukan yang terbaik sama ada untuk membersihkan meja atau mengasingkan pinggan mangkuk dan dulang di tempat rak-rak mengembalikan dulang," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi Pasar Masyarakat Commonwealth kelmarin.

Menurut Dr Khor, beliau gembira pelanggan kini memainkan peranan membersihkan kotoran dan mengembalikan dulang serta pinggan mangkuk selepas makan.

Beliau turut menukil bagaimana pekerja pembersihan kini sudah mula menyesuaikan diri dengan proses pembersihan yang telah disemak semula, hasil pelaksanaan bersama Kempen Meja Bersih, katanya di Facebook.

Dr Khor turut menasihati pelanggan, jika tempat mengembalikan dulang dan pinggan mangkuk penuh, mereka boleh pergi ke tempat lain atau menggunakan troli sedia ada yang terdapat di pusat penjaja,

Beliau juga sempat berinteraksi dengan penyelia pekerja pembersihan dari Clean Solutions, Encik Tan Beng Kwang dan pekerja pembersihan, Encik Sutheya Selam, yang telah berkongsi kepadanya tentang aliran kerja pembersihan meja baru dan bagaimana ia telah membantu pekerja pembersihan melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Encik Tan memberitahu Dr Khor bahawa kumpulan pekerja pembersihannya dibahagikan kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan akan memberi tumpuan kepada pembersihan dan sanitasi meja selepas pelanggan telah mengembalikan dulang dan pinggan mangkuk, manakala satu lagi kumpulan akan memberi tumpuan terhadap menguruskan tempat rak mengembalikan dulang dan pinggan mangkuk.

"Encik Tan dan pekerja pembersihannya berkata proses ini telah berjalan lancar kerana ia membuat kerja mereka lebih sistematik selain membolehkan mereka memberikan tumpuan kepada tugasan yang diberikan," tambah beliau.

Dalam pada itu, Dr Khor juga gembira apabila mengetahui daripada para pelanggan dan pemilik gerai bahawa keperluan untuk pelanggan membersihkan meja selepas makan, telah mewujudkan sekitaran tempat makan yang lebih bersih dan proses membersihkan meja yang lebih cepat.

"Pelanggan telah mengongsi bahawa kini ia lebih mudah untuk mencari meja semasa waktu sibuk.

"Penjaja juga berkata masalah burung (yang berlegar tempat sisa makanan) juga kini lebih baik.

"Kami berharap pusat penjaja kita lebih bersih dan selamat dengan usaha sama semua pihak," ujarnya.

PARLIMEN akan bersidang pada Isnin, 14 Februari mulai 11.30 pagi

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3