Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF buat latihan antikeganasan libatkan kejadian tebusan

SAF
Feb 09, 2022 | 05:30 AM



SATU latihan antikeganasan melibatkan situasi membabitkan satu kejadian tebusan simulasi telah dijalankan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di The Star Vista di Buona Vista dari kelmarin hingga awal semalam.



Latihan itu diketuai oleh Pasukan Bertindak Operasi Khas SAF dan helikopter H225M dari Tentera Udara Republik Singapura, yang turut dikerahkan.



Dibuat oleh pembuat pesawat Airbus Eropah, helikopter H225M boleh digunakan oleh SAF untuk spektrum operasi yang luas.



Ini termasuk pemindahan aeroperubatan (merujuk kepada penggunaan pengangkutan tentera untuk membawa kakitangan yang cedera), mencari dan menyelamat, memberi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana dan operasi keselamatan maritim.



Senario latihan itu memerlukan pasukan yang dikerahkan untuk bertindak balas terhadap situasi tebusan dan dengan pantas meneutralkan ancaman dalam persekitaran di bandar.



Ia bertujuan untuk menguji kesediaan operasi SAF dan mengukuhkan respons mereka terhadap pelbagai ancaman.



Jurucakap Kementerian Pertahanan berkata: "SAF terus berlatih dan menjalankan latihan secara berkala walaupun di tengah-tengah situasi Covid-19 untuk memastikan ia sentiasa bersedia secara operasi untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >