Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF dedah butir nahas yang sebab kematian Aloysius Pang

Jan 24, 2019 | 08:08 PM





PELAKON setempat Aloysius Pang, 28 tahun, meninggal dunia lewat semalam, empat hari setelah cedera parah akibat dihimpit laras meriam semasa melakukan kerja pembaikan meriam gerak sendiri jenis Howitzer buatan Singapura (SSPH) di New Zealand.



Dalam sidang media yang diadakan di bangunan Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini, Panglima Tentera Darat, Mejar JeneralGoh Si Hou, menerangkan bahawa Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Pang, bersama seorang teknisyen dan seorang lagi komander sedang berada dalam kabin bagi kerja penyelenggaran meriam berperisai itu.



Bagi melaksanakan tugas itu, laras meriam itu perlu diturunkan kepada paras lebih rendah secara automatik.



Malangnya, CFC (NS) Pang tidak sempat mengelak laras itu.



“Beliau terhempit di antara bahagian hujung laras meriam dan bahagian dalam SSPH dan akibatnya, beliau mengalami kecederaan parah,” jelas Jeneral Goh.



Beliau berkata Mindef akan membentuk Jawatankuasa Siasatan (COI) bebas bagi memahami keadaan yang membawa kepada kejadian itu dan apa yang menyebabkan kecederaan seriusnya.



“Kami telah menjalankan operasi bagi SSPH selama 15 tahun sejauh ini tanpa sebarang kecedaraan serius. Kami ingin melakukan siasatan penuh agar betul-betul memahami bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku dalam kes ini,” ujarnya.



Panglima Pasukan Pertahanan, Leftenan Jeneral Melvyn Ong, yang turut hadir di sidang media itu berkata mereka akan terus memberikan sokongan sebaiknya kepada keluarga mendiang.



CFC (NS) Pang merupakan seorang teknisyen persenjataan daripada Batalion Ke-268 Artileri Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan menjalani Latihan Thunder Warrior di kawasan latihan Waiouru sewaktu itu.



Menurut Panglima Markas Sokongan Khidmat Tempur (CCSC), Kolonel Terry Tan, CFC (NS) Pang layak menjalankan kerja pembaikan tersebut dan sudah menjalani latihan dalam kem selama tujuh kali.



Malah, beliau juga telah menghadiri latihan ulang kaji apabila dikerah ke latihan tersebut di New Zealand.



Menurut Ketua Pegawai Perubatan Tentera, Kolonel (Dr) Lo Hong Yee, CFC (NS) Pang masih sedarkan diri setelah kemalangan itu.



Malah, setelah pembedahan pertamanya di Hospital Waikato, beliau sempat berbual dengan ibunya yang telah ke New Zealand.



Namun, Kolonel (Dr) Lo berkata CFC (NS) Pang mengalami komplikasi yang memburukkan lagi keadaannya.



CFC (NS) Pang meninggal dunia pada 8.45 malam semalam.



Panglima Pasukan Pertahanan, Panglima (chief) Pasukan Pertahanan,Leftenan Jeneral Merlvyn Ong , berkata mereka akan terus memberikan sokongan sebaiknya kepada keluarga mendiangCFC (NS) Pang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >