Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF laksana langkah tambahan; kekal tahap kesiapsiagaan

Apr 03, 2020 | 06:46 PM



ANGKATAN Tentera Singapura (SAF) akan melaksanakan langkah-langkah tambahan untuk memastikan kesiapsiagaan mereka mempertahan keamanan dan keselamatan Singapura di tengah-tengah penularan Covid-19. 



Dalam kenyataannya hari ini, SAF menyatakan, askar yang menjalankan fungsi-fungsi pentiang seperti pertahanan negara, melindungi tempat-tempat utama, keselamatan kelautan, pertahanan udara dan operasi memerangi pengganasan, akan terus dilaksanakan secara gerombolan. Tambahan daripada itu, mereka juga diperlukan untuk menginap di kem dan pangkalan sebelum dan semasa tugas operasi demi mengurangkan risiko dalam unit operasi kritikal.



Lain-lain unit SAF termasuk sekolah latihan seperti Sekolah Pegawai Kadet, Sekolah Kadet Spesialis, dan Pusat Latihan Asas Ketenteraan, akan terus beroperasi dan latihan dijalankan dengan langkah-langkah tambahan, termasuk, seperti diumumkan sebelum ini, membolehkan askar menjalankan kerja-kerja pentadbiran dari rumah mereka. 



Aktiviti bagi askar-askar kerahan, termasuk Latihan Dalam Kem (ICT) dan Ujian Jasmani, akan ditangguhkan. 



"Kesemua langkah-langkah ini akan berkuatkuasa serta-merta sehingga 4 Mei ini. SAF akan terus memantau keadaan yang terus berubah dan menyemak langkah-langkah kami demi memperkukuh pertahanan Singapura dan pada masa sama memastikan keselamatan anggota kita," kata SAF dalam kenyataannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >