Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF lakukan latihan kerahan terbesar sejak 1985 libatkan 8,000 askar, 700 kenderaan

Jan 27, 2018 | 08:09 PM



Apabila bunyi semboyan memecah kesunyian 8 pagi, kira-kira 400 askar di Kem Selarang di Loyang bergegas berkumpul di lapangan perbarisan dengan senjata, pek keperluan dan topi keledar mereka.



Tentera, dari Batalion Infantri Rejimen ke-3 Singapura (3SIR), siap sedia. Mereka memeriksa barang keperluan misi mereka dan melakukan latihan senjata untuk bersedia menjalani kemungkinan operasi pada waktu malam.



Apabila mendapat berita kemudian tentang beberapa simulasi serangan pengganasan di sekitar negara, mereka dikerah ke salah satu lokasi - Hub Sukan - bersiap menghadapi  penyerang bersenjata, di bawah senario latihan, mengganggu permainan di Stadium Negara.



Pada petang berikutnya, beribu-ribu lagi askar Perkhidmatan Negara (NSmen) digerakkan  sebagai sebahagian daripada usaha menguji keupayaan tentera untuk menggembleng sat pasukan besar dalam beberapa jam.





Siri peristiwa dua hari itu terungkai sebagai sebahagian daripada latihan mobilisasi terbesar Angkatan Bersenjata Singapura sejak 1985, dan yang pertama memaparkan operasi keselamatan negara bersama polis.



Seramai 8,000 tentera dan 700 kenderaan daripada Bahagian Singapura ke-9 menyahut  panggilan tugas latihan yang berakhir pada Sabtu (27 Jan).



Sebuah Pusat Gerakan dan Perlengkapan  (MEC) baru yang dipertingkatkan di Kem Selarang, sebuah bangunan sehenti untuk para askar mengambil kelengkapan gempur siap tahun lalu, telah diuji buat kali pertama dalam latihan itu.



Kompleks empat tingkat, mengambil kawasan sepertiga daripada Kem Selarang, memperkenalkan ciri-ciri seperti kios layan diri kepada untuk askar untuk mendaftar di kem, mengurangkan masa yang diambil menjadikan proses mendapatkan kelengkapan lebih cekap dan kurang intensif dari segi sumber.



Bercakap kepada media menjelang akhir latihan dua hari itu, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata:  "Ini (kerahan) termasuk latihan anti-pengganasan yang kami lakukan bersama pasukan polis. Jadi sama ada untuk tindakan kemanusiaan, konflik intensiti rendah atau ancaman keganasan, atau bahkan senario perang yang tidak terbayang, saya fikir rakyat Singapura mempunyai keyakinan bahawa tentera sudah bersedia, dan para askar NS komited dan bersedia memenuhi misi mereka. "



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >