Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERTAHANAN

SAF pasang lebih 300 meter bijak kurangi penggunaan elektrik, air

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 300 meter bijak akan dipasang di Kem Jurong, Pangkalan Udara Jurong dan Pangkalan Tentera Laut Changi sebagai satu projek perintis bagi menggalak pengurangan penggunaan air dan elektrik.



Ia merupakan antara pelbagai inisiatif Angkatan Senjata Singapura (SAF) ke arah usaha kemampanan.



Selain itu, setiap satu daripada empat kem SAF akan juga dilengkapi panel suria yang berupaya membekalkan puncak (peak) tenaga elektrik 20 megawatt - serupa penggunaan elektrik bagi sekitar 5,000 isi rumah empat bilik - tahun ini.



Menjelang 2025, dua pertiga kem tentera akan mempunyai panel suria yang dapat menjana puncak eletrik 50 megawatt.



Demikian didedahkan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Menurut SAF, sekitar 28,000 panel suria sudah pun dipasang di bangunan SAF.



Dr Ng juga berkata, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) juga telah memulakan percubaan minyak mesra alam, bagi jet pejuang F-16 Fighting Falcon.



"Usaha ini dan dengan lain akan dapat membolehkan kami mencapai matlamat (pengurangan) emisi menjelang 2030," katanya.



Kelmarin, pihak media dijemput untuk meninjau panel suria dan meter elektrik yang dipasang di Kem Jurong.



Di sesi itu, Timbalan Ketua (Strategi Kemampanan) Pusat Program Bangunan dan Prasarana Agensi Teknologi dan Sains Pertahanan (DSTA), Cik Jolene Chung menjelaskan meter bijak itu menggunakan teknologi analisis data yang dikemas kini setiap jam untuk menganalisa trend penggunaan air dan elektrik secara menyeluruh dan dapat mengenal pasti penggunaan luar biasa.



Maklumat itu akan dikumpul, diproses dan kemudian dipaparkan menerusi sebuah papan pemuka (dashboard) yang mesra pengguna.



Ketua Staf, Staf Bersama dan Ketua Pegawai Kemampanan SAF, Brigedier Jeneral (BG) Kelvin Fan berkata, dengan mempunyai akses kepada maklumat itu, para komander boleh meneliti prestasi penggunaan unit mereka dan membandingkannya dengan unit lain.



Komander unit boleh membentangkan arahan kepada kakitangan mereka dan menyampaikannya kepada setiap anggota unit langkah-langkah tertentu untuk menggalakkan sikap bertanggungjawab dalam penggunaan air dan elektrik, tambah BG Fan.



Sejajar dengan Pelan Hijau Singapura, Mindef juga telah bekerjasama rapat dengan DSTA, dengan matlamat mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak dua pertiga, penggunaan air sebanyak 10 peratus dan pengeluaran sampah sebanyak 30 peratus menjelang 2030.



November lalu, sebuah Pejabat Kemampanan SAF telah dibentuk.



Menerusi sebuah Panel Nasihat Luar bagi Kemampanan Sekitaran (EAPES) yang dianggotai pakar pelbagai bidang, ia membantu SAF dalam menyumbang saranan, melakarkan dasar dan strategi berkaitan inisiatif kemampanan SAF.



Ketika ditanya bagaimana usaha ini dapat diamalkan setiap anggota SAF secara kerap, Ketua Logistik, Divisyen Ketiga SAF di Kem Jurong, Leftenan Kolonel Quek Shi Jian berkata:



"Sejak percubaan meter bijak itu dilancarkan, anggota kami bersikap lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap penggunaan utliti dan air."



Selain panel suria dan meter bijak, SAF juga akan mengubah kenderaan bagi urusan pentadbiranya tahun ini, kepada kenderaan elektrik.



Usaha kitar semula sampah dan sisa makanan juga telah mula diterapkan, dengan penyediaan tong bagi bahan kitar semula serta sebuah program kitar semula sisa makanan di 14 tempat makan SAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >