Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saffrons alih ke operasi kendali cawangan lebih kecil

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



RESTORAN Saffrons akan menutup cawangan terbesarnya di Tampines tetapi merancang membuka lebih banyak cawangan di luar timur Singapura.



Ia memutuskan tidak memperbarui sewa bagi kedai kopi di Blok 201D Tampines St 21 #01-1105 dan akan berhenti beroperasi di situ pada 27 Julai, kata Pengarah Pemasaran Saffrons, Encik Ridjal Noor.



Namun, kedai kopi itu akan terus beroperasi di sebuah lagi cawangan di blok sama namun di unit lain, #01-1163, yang telah beroperasi sejak 1995, serta sebuah lagi cawangan di Swan Lake Avenue, Opera Estate, yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu.



Mereka juga akan membuka sebuah lagi cawangan kedai makan dekat Hab HDB di Toa Payoh awal bulan depan.



Tambahnya, mereka turut merancang membuka lebih banyak cawangan di estet perumahan lain pada masa akan datang termasuk Jurong, Woodlands, Punggol dan Sengkang.



Bercakap dengan Berita Harian (BH), Encik Ridjal berkata mereka memutuskan tidak memperbarui sewa bagi kedai kopi di Blok 201D Tampines St 21 #01-1105 itu bukan kerana harga sewa yang lebih tinggi tetapi selepas mempertimbang pelbagai faktor.



Kedai kopi itu merupakan cawangan terbesarnya sejauh ini, dengan lapan gerai dan tujuh daripadanya dikendalikan Saffrons sendiri.



"Dalam perundingan kami dengan pemilik kedai kopi ini, ia tidak melibatkan perbincangan tentang harga sewa yang lebih tinggi.



"Awal tahun ini, kami sudah mempertimbang sama ada untuk memperbarui sewa kami menjelang Ogos.



"Akhirnya, kami memutuskan kami ingin mengambil langkah beralih ke model operasi mengendali cawangan lebih kecil untuk memperluas dan membuka lebih banyak cawangan insya-Allah di bahagian utara dan barat Singapura juga," ujar beliau.



Dengan model operasi yang berbeza ini, Encik Ridjal berkata mereka kini giat berbincang dengan pemilik kedai lain di serata negara.



Tambahnya, mereka merancang berkembang ke Jurong, Woodlands, Punggol dan Sengkang hasil tinjauan data mereka.



"Sepanjang Covid-19 menular lebih dua tahun lalu, kami melihat ramai pelanggan dari Jurong, Woodlands, Punggol dan Sengkang membuat tempahan menerusi dalam talian.



"Di bahagian barat, kami juga melihat banyak tempahan dari Choa Chu Kang, Keat Hong dan Yew Tee yang mempunyai banyak blok baru. Kata mereka, tak ada tempat makan bagus di sana," ujarnya.



Menerangkan antara cabaran yang dihadapinya dengan mengendali kedai kopi yang lebih besar, Encik Ridjal berkata ia antara lain memerlukan lebih banyak tenaga pekerja serta sumber.



Menurutnya, kedai kopi yang besar dengan lebih banyak gerai memerlukan lebih ramai tenaga pekerja berbanding kedai yang lebih kecil seperti cawangan Saffrons di Blok 201D Tampines St 21 #01-1163 dan di Swan Lake Avenue, Opera Estate.



Tambahnya, usaha mengendalikan kedai kopi yang lebih besar juga mengehadkan keupayaan pihak pengurusannya dari segi operasi.



"Apabila kami terlalu sibuk mengendali kedai kopi yang besar, kami tiada ruang untuk berfikir tentang langkah pemerluasan.



"Dengan model baru ini, pihak pengurusan kami boleh memberi tumpuan kepada usaha pemerluasan," ujar Encik Ridjal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >