Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Safra Choa Chu Kang dibuka 2022

Nov 10, 2018 | 05:28 PM



SEBUAH kelab Persatuan Askar Kerahan Angkatan Bersenjata Singapura (Safra) baru yang bakal dibuka di Choa Chu Kang pada 2022 akan menawarkan pelbagai kemudahan riadah bagi lebih 90,000 anggota kerahan dan keluarga mereka yang tinggal di kawasan barat laut Singapura.



Safra Choa Chu Kang, kelab Safra ketujuh di sini, akan menjadi yang pertama menawarkan kemudahan kolam renang tertutup dan gim air.



Kelab sebesar 1.4 hektar atau hampir tiga padang bola sepak itu juga bakal menjadi hab kesihatan dan kesejahteraan dengan gim, gelanggang seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan studio kesihatan.



Pelan bagi bangunan lima tingkat itu kini dipamerkan di pusat beli-belah Lot One Shoppers' Mall di Choa Chu Kang.



Presiden Safra, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), hadir di majlis pelancarannya hari ini (10 November) bersama Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >