Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Sahut cabaran niaga juadah asli Cina di bazar

Bukan mudah membuka gerai di bazar Ramadan buat kali pertama. Pastinya pelbagai cabaran harus dilalui. Ikuti laporan BERITA HARIAN yang menemu ramah dua belia yang mengusahakan niaga. Bermula dengan perniagaan dari rumah (HBB), usahawan muda itu mengambil langkah membuka gerai pertama di bazar Ramadan.
Apr 12, 2023 | 05:30 AM



BUKAN mudah untuk membuka gerai di bazar sebagai peniaga kali pertama.



Manakan tidak, terdapat banyak faktor yang harus dipertimbangkan seperti kos sewa dan jumlah kakitangan yang diperlukan untuk menjaga gerai.



Bagi Cik Sarah Nur Ain Suhaimi, pemilik Sarah's Dumplings, beliau telah menyahut cabaran itu dengan membuka gerai bazar pertamanya di Bazar Ramadan Sembawang West.



Beliau menjual juadah tradisional kaum Cina 'zongzi' iaitu pulut berinti yang dibalut dengan daun buluh atau lebih dikenali sebagai kuih cang.



Cik Sarah, 22 tahun, mahu memperkenalkan kuih cang asli itu kepada orang ramai, lebih-lebih lagi masyarakat Melayu/Islam yang mungkin tidak pernah merasakannya kerana sukar untuk mencari versi halal dijual di kedai.



Antara cabaran utama yang dihadapinya ialah kekurangan kakitangan untuk membuat kuih cang itu kerana ia dihasilkan segar setiap hari dengan menggunakan air tangan Cik Sarah dan ibunya tanpa bantuan mesin.



Lantas ia merupakan satu cabaran untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sangat menggalakkan di bazar Ramadan.



"Semuanya dibuat dengan menggunakan tangan oleh kami berdua. Kami dapat hasilkan 156 kuih cang setiap hari buat masa ini," kongsi Cik Sarah.



Perniagaan yang bermula dari rumah hanya sebagai satu minat pada awalnya itu kini diuruskan sepenuh masa oleh Cik Sarah bersama ibunya, Cik Aini Goh Mohamed Zain, 48 tahun.



Proses menghasilkan kuih cang itu juga agak rumit daripada merebus daun buluh yang digunakan untuk membalut pulut hingga mengeringkan kuih cang itu setelah dikukus. Keseluruhan proses menghasilkannya boleh memakan masa hampir 24 jam.



Disebabkan permintaan yang menggalakkan, Cik Sarah kini menggalakkan pelanggannya agar menempah lebih awal melalui akaun Instagram sebelum datang ke gerai bazarnya.



Ini supaya mereka dapat memastikan bahawa pelanggan mereka dapat merasai kuih cang itu dan tidak pulang dengan tangan kosong.



"Ada di antara pelanggan kami yang datang dari jauh dan mereka tidak dapat merasakan kuih cang kami kerana sudah kehabisan bekalan pada hari itu.



"Kami tidak mahu mengecewakan pelanggan kami yang ingin merasakan kuih cang asli dan halal," ujar Cik Sarah.



Cik Sarah bersyukur kerana orang ramai dapat menerima juadah asli kaum Cina yang dipelajari daripada datuk dan neneknya.



Sambutan yang cukup menggalakkan itu juga telah membuat Cik Sarah lebih berani untuk bereksperimentasi dengan perisa kuih cang fusion termasuk perisa lepat rendang, cili padi daging dan kupang.



Ditanya mengapa beliau memilih untuk membuka gerai di bazar yang terletak di kawasan kejiranan, beliau tertarik dengan lokasinya yang strategik dan kos sewa yang berpatutan yang menjadi antara faktor utama.



Cik Sarah turut bekerjasama dengan peniaga makanan lain di gerai bazarnya.



Beliau menyifatkan kolaborasi itu sebagai sesuatu yang positif kerana peniaga-peniaga itu lebih berpengalaman daripadanya lantas dapat membimbing dan memberikannya nasihat dari sudut perniagaan dan operasi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >