Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saingan bertambah tapi Reit SPH akan 'kekal lasak'

Nov 27, 2015 | 03:20 PM



REIT SPH akan terus "sedar mengenai persaingan" di tengah-tengah sekitaran mencabar bagi industri runcit, kata Ketua Eksekutifnya, Cik Susan Leng, kepada pemegang unit pada Jumaat (27 Nov).


Beliau berkata Reit itu, antara lain, sedang mengubah campuran penyewaan di pusat beli-belah Clementi Mall supaya ia akan "berada dalam kedudukan lebih baik" untuk jangka masa panjang.


"Persaingan di kawasan barat bertambah giat sejak beberapa tahun lalu... tetapi kita semakin bertambah kukuh," katanya, sambil menambah bahawa pusat beli-belah itu menyaksikan jualannya tumbuh 3.6 peratus dari tahun ke tahun kepada $242 juta.


Cik Leng berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pemegang unit mengenai perubahan negatif 5.56 peratus sewa Clementi Mall dalam mesyuarat agung tahunan Reit SPH, menurut akhbar The Straits Times dalam laporan dalam taliannya pada Jumaat.


Pengerusi Reit SPH, Dr Leong Horn Kee, berkata ekonomi Singapura dijangka berkembang sederhana di tengah-tengah ketidaktentuan yang semakin meningkat dalam ekonomi global, manakala ketibaan pelancong lebih rendah dan kekurangan tenaga manusia menimbul cabaran kepada industri runcit tempatan.


"Kami akan terus memberi tumpuan dalam menguruskan hartanah-hartanah itu secara proaktif bagi memberi pulangan mampan," katanya.


"Kami juga akan menjalankan peningkatan aset berterusan untuk kekal di barisan hadapan dalam arena runcit."


Cik Leng berkata Reit SPH dijangka "kekal lasak" memandangkan portfolionya, yang termasuk Paragon, memenuhi keperluan pelbagai jenis penyewa dan pembeli.


SPH Reit memberi pengagihan 5.47 sen kepada pemegang unit dalam tahun kewangan ini, yang merupakan pulangan pengagihan sebanyak 5.7 peratus, berdasarkan harga penutup 96 sen pada 31 Ogos lalu.


Portfolionya bernilai $3.21 bilion pada 31 Ogos, 1.7 peratus lebih tinggi daripada penilaian tahun lepas yang sebanyak $3.16 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >