Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA

Saingan hebat di seberang Tambak, tapi Raja Kuih terus 'bertakhta'

Walau sempadan sudah dibuka, masih ramai yang pilih beli kuih dari kedai SG
Apr 26, 2022 | 05:30 AM



TAHUN lalu, Raja Kuih milik kumpulan Second Chance Properties Ltd kembali bertakhta menawarkan pelbagai pilihan kuih Raya pada harga berpatutan di tengah-tengah pelbagai sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19.



Meskipun pembukaan semula sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia baru-baru ini memberi pilihan lebih luas bagi warga Singapura membeli keperluan Hari Raya seperti kuih dan pakaian, ini tidak membuat pelanggan berhenti berbelanja di Raja Kuih tahun ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Salleh Marican, berkata memang terdapat persaingan lebih hebat tahun ini berbanding tahun lalu, namun beliau tetap yakin keuntungan yang akan diraih Raja Kuih lebih kurang sama seperti tahun lalu.



"Walaupun sempadan sudah dibuka, saya rasa tahun ini tak ramai orang akan ke Johor Bahru untuk membeli-belah seperti tahun-tahun sebelum Covid-19.



"Dengan sekatan Covid-19 dilonggarkan... lebih banyak kuih Raya juga dapat dijual jadi persaingannya lebih hebat," ujar beliau.



Second Chance mula menjual kuih Raya dengan jenama Raja Kuih pada 2005 tetapi berhenti beroperasi pada 2013 ekoran sambutan tidak begitu hangat.



Ia kembali menjalankan perniagaan itu tahun lalu kerana mendapati ada permintaan baginya ekoran sekatan sempadan yang tidak membolehkan orang ramai berbelanja persiapan Hari Raya di luar negara, seperti di Johor Bahru dan Batam.



Seperti tahun lalu, Raja Kuih berjualan di ruang kedai First Lady di tingkat dua Tanjong Katong Complex.



Lebih 30 jenis kuih dijual, termasuk tart nanas, kek kukus, biskut cornflake kismis dan biskut cip coklat, yang berharga antara $6.95 dengan $14.95 sebotol.



Selain perniagaan kuih, Encik Salleh juga menjangka perniagaan baju Raya di bawah jenama First Lady akan seperti tahun lalu.



"Selepas dua tahun tak dapat menyambut Hari Raya (seperti biasanya sebelum Covid-19), memang penjualan baju Raya akan bertambah tahun ini, tetapi persaingan juga bertambah.



"Sebab itulah saya rasa penjualan First Lady akan lebih kurang seperti tahun lalu," ujar beliau.



Encik Salleh menambah bahawa syarikatnya juga terus menarik pelanggan menerusi pelbagai wadah, termasuk televisyen, radio dan media sosial, selain menawarkan harga berpatutan.



"Kalau diikutkan betul-betul, perniagaan harus lebih baik tahun ini sebab sekatan Covid-19 sudah dilonggarkan, tetapi inflasi yang meningkat kacau daun kerana ramai terpaksa membeli kurang sedikit daripada biasa.



"Saya rasa kalau tidak ada lagi Covid-19 tahun depan, barulah perniagaan boleh meningkat balik seperti sebelum Covid-19," kata Encik Salleh.




Selepas dua tahun tak dapat menyambut Hari Raya (seperti biasanya sebelum Covid-19), memang penjualan baju Raya akan bertambah tahun ini, tetapi persaingan juga bertambah. Sebab itulah saya rasa penjualan First Lady akan lebih kurang seperti tahun lalu. Kalau diikutkan betul-betul, perniagaan harus lebih baik tahun ini sebab sekatan Covid-19 sudah dilonggarkan, tetapi inflasi yang meningkat kacau daun kerana ramai terpaksa membeli kurang sedikit daripada biasa.



Saya rasa kalau tidak ada lagi Covid-19 tahun depan, barulah perniagaan boleh meningkat balik seperti sebelum Covid-19.
- Encik Salleh Marican, CEO Second Chance Properties.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >