Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saingan sektor penghantaran makanan makin sengit

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



Kini ada satu lagi pilihan khidmat penghantaran makanan di Singapura, dengan pelancaran airasia food hari ini. Penyertaan itu dijangka meningkatkan persaingan dalam sektor penghantaran awam yang sudah pun mempunyai beberapa pemain, dengan yang besar termasuk foodpanda dan GrabFood. BERITA HARIAN melaporkan komen serta reaksi wadah sedia ada, dan merakam harapan penghantar makanan dalam laporan berikut.



WADAH penghantaran makanan di Singapura, seperti GrabFood dan foodpanda, akan terus memberi tumpuan kepada menyokong rakan niaga untuk mengembangkan perniagaan mereka di dalam talian dan meluaskan jangkauan pasaran mereka.



Ini sedang syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengumumkan yang ia akan melancarkan khidmat penghantaran makanannya di sini mulai hari ini di bawah nama AirAsia food, dengan tawaran pelan kadar tetap, dan bukannya komisen berdasarkan peratusan yang biasanya dikenakan wadah penghantaran makanan sedia ada.



Pelan itu dikatakan akan mengenakan bayaran $3 hingga $5 bagi setiap tempahan, menurut satu laporan The Business Times (BT) baru-baru ini yang mungkin lebih rendah berbanding kadar komisen 25 hingga 35 peratus bagi setiap tempahan yang dikenakan oleh wadah seperti GrabFood dan foodpanda.



Perniagaan makanan yang menggunakan wadah itu sering mengeluh yang kadar tersebut terlalu tinggi.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap foodpanda berkata pihaknya tidak terganggu oleh persaingan, dan berkata kelebihan daya saingnya terletak pada prasarana logistik dan teknologinya yang mantap, serta pengetahuan mendalam tentang pilihan pelanggan.



"Rakan niaga juga menikmati sokongan pemasaran dan promosi tambahan, sokongan selepas penjualan, dan perkhidmatan pelanggan, yang dibiayai oleh bayaran komisen.



"Kami tidak terjejas oleh persaingan dan tetap fokus terhadap membolehkan lebih banyak rakan niaga meluaskan jangkauan pasaran mereka dan menawarkan makanan siap dimakan mereka, dan banyak produk lain untuk dihantar kepada pelanggan kami dalam masa kurang 30 minit," kata jurucakap itu.



Jurucakap Grab pula berkata syarikat itu kekal memberi tumpuan terhadap menyokong rakan niaga mereka dengan alat, perkhidmatan dan pengetahuan relevan yang diperlukan untuk digitalisasi dan mengembangkan perniagaan mereka di dalam talian.



"Setiap rakan niaga kami dilengkapi dengan aplikasi mudah alih untuk membantu mereka menguruskan pesanan dan memberi akses kepada latihan serta pengetahuan yang dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.



"Kami juga secara berkala melakarkan kempen pemasaran untuk membantu meningkatkan kesedaran jenama dan penjualan untuk rakan niaga yang mengambil bahagian," katanya.



Jurucakap itu menambah Grab juga komited untuk melakukan inovasi bagi membantu peniaga menjangkau ke lebih ramai pelanggan, termasuk memperkenalkan perkhidmatan seperti penghantaran ke seluruh negara atau ciri-ciri seperti menggabung pesanan dan pilihan pengambilan sendiri.



BT sebelum ini melaporkan yang AirAsia food akan menjual kredit penghantaran peniaga dalam bentuk tiga pelan - asas, biasa dan lanjut.



Pelan asas berharga $100 bagi 20 pesanan, iaitu $5 bagi setiap pesanan. Ini termasuk yuran urus niaga dan pemasaran. Kredit itu sah untuk satu bulan.



Pelan biasa pula berharga $200 bagi 50 pesanan dan pelan lanjut berharga $300 bagi 100 pesanan.



Terdapat juga pelan perusahaan yang dikatakan dapat disesuaikan dengan keperluan peniaga, tetapi maklumat lanjut tentang pelan ini belum diketahui.



Wadah airasia food juga difahamkan tidak akan menggunakan aplikasi khusus, dan sebaliknya akan menggunakan WhatsApp, lapor BT.



Ini bermakna peniaga akan diberitahu tentang pesanan dan mendapat sokongan teknikal menerusi WhatsApp.



Platform airasia food juga dikatakan tidak akan mengenakan yuran pendaftaran atau pengaktifan, berbanding yang diamalkan beberapa wadah penghantaran makanan lain.



GrabFood sebagai contoh mengenakan $100 bagi setiap cawangan kedai makan untuk mengaktifkan aplikasinya di alat peniaga itu sendiri.




foodpanda: Kami tidak terjejas dengan persaingan



"Rakan niaga juga menikmati sokongan pemasaran dan promosi tambahan, sokongan selepas penjualan, dan perkhidmatan pelanggan, yang dibiayai oleh bayaran komisen.



Kami tidak terjejas oleh persaingan dan tetap fokus terhadap membolehkan lebih banyak rakan niaga meluaskan jangkauan pasaran mereka dan menawarkan makanan siap dimakan mereka, dan banyak produk lain untuk dihantar kepada pelanggan kami dalam masa kurang 30 minit."
- Jurucakap foodpanda.



Grab: Kami bantu rakan niaga urus pesanan, kembang bisnes



"Setiap rakan niaga kami dilengkapi dengan aplikasi mudah alih untuk membantu mereka menguruskan pesanan dan memberi akses kepada latihan serta pengetahuan yang dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.



Kami juga secara berkala melakarkan kempen pemasaran untuk membantu meningkatkan kesedaran jenama dan penjualan untuk rakan niaga yang mengambil bahagian."
- Jurucakap Grab




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >