Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sains, inovasi penting bagi transformasi ekonomi SG lepas Covid-19: Gan

Pelaburan berterusan diperlukan bagi bangun bakat tempatan, tetapi terbuka kepada bakat dan idea antarabangsa
Aug 05, 2021 | 05:30 AM



PELABURAN berterusan dalam sains dan inovasi, selain usaha membangunkan bakat saintis pakar, akan membantu pembangunan ekonomi Singapura pada tahap seterusnya selepas Covid-19, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.



"Untuk membangunkan bakat R&D kompetitif di seluruh dunia, kita harus terus membangun dan memupuk bakat tempatan yang tangkas, menyokong usaha penyelidikan berkaitan masalah mencabar penting di peringkat global, dan tetap terbuka kepada bakat dan idea antarabangsa," kata beliau.



"Sains, teknologi dan inovasi akan terus menjadi penting dalam memastikan daya tahan dan transformasi ekonomi Singapura, terutama dalam usaha bangkit daripada Covid-19," tambah Encik Gan, dalam ucapan di majlis anugerah biasiswa Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) yang diadakan dalam talian semalam.



Acara itu juga diadakan sempena ulang tahun ke-20 biasiswa tersebut.



Sejak 2001, program biasiswa itu telah menghasilkan lebih 1,700 lulusan ijazah kedoktoran (PhD) dan bakat pascakedoktoran.



A*Star juga menyambut ulang tahunnya yang ke-30, dan Encik Gan menyatakan agensi itu kini memberi tumpuan terhadap membangunkan bakat yang boleh mengukuhkan lagi keselamatan makanan melalui inovasi makanan alternatif.



Beliau turut menyentuh tentang inovasi dan penyelidikan yang dilakukan saintis A*Star dalam menghadapi pandemik Covid-19.



"Keupayaan kita yang kukuh dalam sains bioperubatan dan kejuruteraan membolehkan pembangunan penyelesaian inovatif untuk membantu usaha kita menangani Covid-19."



Salah satu inovasi yang disebut beliau ialah cPass, kit ujian untuk mengesan antibodi yang mempertahan sel virus dalam pesakit koronavirus.



cPass kit ujian pertama Covid-19 diberi kelulusan oleh Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA).



Pasukan bioinformatik A*Star juga membantu menganalisis genome Sars-CoV-2 yang dikongsi melalui wadah perkongsian data Gisaid.



"Wadah tersebut dikenal pasti sebagai faktor yang mengubah usaha menangani pandemik ini, dan menjadi sumber utama data genome Covid-19 yang menyumbang kepada pembangunan diagnostik kit dan vaksin yang pantas," kata Encik Gan.



Beliau juga mengiktiraf beberapa cendekiawan veteran yang telah menjadi pemimpin dalam bidang mereka. Salah sorang daripada mereka ialah pakar optamologi Su Xinyi, yang menghasilkan gel terbiodegradasikan, atau biodegradable, yang boleh menggantikan cecair dalam bola mata pesakit selepas pembedahan.



Seorang lagi cendekiawan yang disebut ialah Dr Gupreet Singh, pengasas syarikat alat perubatan yang menghasilkan alat yang dapat memantau tanda-tanda vital pesakit, termasuk pesakit Covid-19, menggunakan analitik Kecerdasan Buatan (AI).



Alat itu juga membolehkan pekerja penjagaan kesihatan memantau kesihatan pesakit dari jarak jauh.



Encik Gan juga berkata biasiswa itu akan memupuk generasi saintis seterusnya, yang akan "menyumbang kepada bidang seperti kecerdasan buatan dan teknologi bandar dan hijau, yang akan mempunyai aplikasi relevan bagi industri masa depan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >