Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saintis: Kesihatan manusia terjejas teruk oleh jerebu

Nov 11, 2015 | 11:02 AM



BANGKOK: Wasap beracun daripada kebakaran hutan di Indonesia yang membuat jerebu merebak ke seluruh Asia Tenggara lebih berbahaya kepada kesihatan manusia dan tumbuhan daripada apa yang para pegawai telah nyatakan, menurut saintis yang mengukur pencemaran itu.


Petani menjangka tuaian berkurangan kerana tumbuh-tumbuhan tidak mempunyai cukup cahaya matahari bagi menjalani fotosintesis normal, sementara perangkaan pemerintah bahawa setengah juta orang jatuh sakit akibat asap hanya "jumlah kecil daripada keadaan sebenar", kata Dr Louis Verchot, seorang saintis bersama Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa.


Kebakaran itu pula menukarkan karbon di dalam tanah gambut yang terbakar menjadi gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim.


Dr Verchot mengetuai sebuah bengkel mengenai krisis jerebu di wilayah Kalimantan Tengah bulan lalu bersama kira-kira 20 saintis dari Indonesia, Amerika Syarikat dan Britain.


Beliau berkata mereka menemui gas berbahaya di udara, termasuk ozon, karbon monoksida, sianida, ammonia, formaldehid, nitrik oksida dan metana.


"Tanpa pelitup, saya tidak tahu bagaimana orang hidup dalam keadaan itu," katanya dari Jakarta.


Profesor Martin Wooster dari King College London, yang menyertai Dr Verchot dalam lawatan itu, menguji peralatan beliau di bilik hotel, beberapa kilometer dari tempat kebakaran, dan mendapati 30 molekul karbon monoksida bagi setiap juta molekul udara.


Dekat kawasan kebakaran tanah gambut, data awal Profesor Wooster menunjukkan lebih 1,000 mikrogram zarah bagi setiap meter padu udara, dan ada masanya 2,000.


Agensi Perlindungan Sekitara Amerika Syarikat menganggap sebarang jumlah melebihi 300 mikrogram per meter padu sebagai berbahaya. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >