Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saintis NTU dituduh kirim pesanan dengan usulan bayar kanak-kanak perempuan 12 tahun untuk seks

Jan 25, 2022 | 07:03 PM



SEORANG saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) diheret ke mahkamah daerah Singapura pada Selasa (25 Januari) selepas dia dikatakan mengirim pesanan kepada nombor telefon bimbit asing dengan memberitahu penerima itu untuk menawarkan 4 juta rupiah ($375) kepada kanak-kanak perempuan 12 tahun agar mengadakan hubungan seks dengannya.



Mengikut dokumen mahkamah, Jason Scott Herrin, 47 tahun, dikatakan telah mengirim pesanan itu kepada nombor telefon asing pada situasi berasingan dengan memberitahu penerima itu agar mencarikannya seorang budak bagi harga yang tinggi dengan niat mendapatkan khidmat seks daripada budak berkenaan.



Pada Selasa, Herrin dihadapkan dengan empat tuduhan termasuk dua yang berkaitan dengan seks komersial bersama budak bawah umur berusia bawah 18 tahun.



Warga Amerika itu dituduh mengirimkan salah satu pesanan itu pada 14 November 2019 dan pesanan kedua pula pada 18 Februari 2020.



Secara berasingan, dia dituduh memiliki 31 filem lucah dalam unit kondominium Eco Sanctuary di Chestnut Avenue sekitar 12.30 malam pada 17 Ogos 2020.



Dia juga dituduh memiliki 90 gambar menunjukkan penderaan kanak-kanak di unit berkenaan pada hari yang sama.



Menjawab soalan The Straits Times, NTU berkata Herrin telah digantung daripada tugasnya dan dihalang ke kampus itu sementara menanti hasil perbicaraan mahkamah.



Jurucakapnya menambah: "Semua anggota masyarakat universiti dijangka menjunjung piawaian etika dan perilaku profesional tertinggi dan patuh pada undang-undang setiap masa.



"Universiti ini akan mengambil tindakan disiplin dalaman setelah hukuman mahkamah diputuskan sejajar dengan dasar dan prosedur. Tidak wajar bagi kami mengulas lebih lanjut sementara kes ini masih dalam perbicaraan."



Laman NTU menyatakan bahawa Herrin adalah saintis dan kakitangan di Kemudahan bagi Analisis, Perwatakan, Ujian dan Simulasi.



Laman Observatori Bumi Singapura pula menyatakan bahawa dia adalah ahli petrologi igneus dan mikroanalis kimia yang terlibat dalam kajian gunung berapi dan kajian meteorit dan kesan asteroid pada Bumi.



Herrin diberi ikat jamin $20,000 pada Selasa dengan kesnya ditunda pada 22 Februari.



Bagi setiap kesalahan berhubung dengan orang lain untuk mendapatkan khidmat seks daripada seseorang berusia bawah 18 tahun, seorang pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda.



Bagi kesalahan memiliki filem lucah pula, pesalah kali pertama boleh dipenjara hingga setahun dan didenda $1,000 bagi setiap filem, dan boleh meningkat hingga $40,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >