KORONAVIRUS
Saintis setempat sasar uji vaksin koronavirus dalam masa 3 bulan
Masa diperlukan untuk hasilkan vaksin, uji keselamatan dan kesesuaian atas pesakit
PARA saintis Singapura berkata mereka sedang berusaha membangunkan vaksin bagi koronavirus, dengan rancangan untuk mula mengujinya dalam masa sesingkat tiga bulan.
Pada masa yang sama, ubat anti-viral seperti yang digunakan dalam merawat HIV sedang digunakan bagi pesakit di sini dalam usaha mendapatkan "ubat ajaib" bagi menentang virus itu, lapor The Straits Times (ST).