SAINTIS Singapura akan mengkaji kesan cuaca panas ke atas pekerja pembinaan dan dormitori bulan depan.
Suhu badan teras dan tuntutan thermal seramai 40 kakitangan dan pekerja migran akan direkod sementara mereka bekerja dan ini akan membenarkan saintis untuk mengemukakan huraian bagi mengurangkan dan menghindarkan tekanan cuaca panas yang mereka alami.
Ini penting sedang perubahan iklim dijangka menyebabkan suhu yang lebih panas dan kemungkinan besar lebih banyak gelombang panas pada masa depan.
Kajian itu adalah sebahagian daripada Project HeatSafe yang dimulakan pada 2020 untuk mengkaji kesan suhu yang meningkat terhadap kesihatan dan produktiviti pekerja mereka di Asia Tenggara.
Projek kajian itu berpusat di Universiti Nasional Singapura (NUS).
Suhu panas meningkatkan ancaman gelombang panas di seluruh Asia dan negara di rantau ini akan dilanda kemarau semakin teruk menjelang akhir abad, menurut laporan badan sains iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu.
Kesan cuaca panas di Singapura ditambah lagi dengan bahang bandar yang terletak di pulau, di mana udara panas yang terperangkap di beberapa kawasan di siang hari dilepaskan pada waktu malam.
Ini bermakna kawasan bandar lebih panas berbanding kawasan luar bandar.
Ketua kajian baru itu, Profesor Madya Jason Lee, dari Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS (Perubatan NUS), berkata mereka yang menghadapi risiko tinggi mengalami komplikasi berkaitan cuaca panas dalam iklim yang semakin berubah termasuk pekerja luar, mereka yang bekerja dalam persekitaran yang kurang peredaran udara dan warga emas yang mengalami penyakit seperti penyakit jantung.