Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saintis SG, AS cipta bahan bungkusan boleh bunuh bakteria, panjangkan jangka hayat makanan

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



BAHAN makanan mudah rosak seperti buah-buahan dan daging sering menjadi sasaran bakteria berbahaya, terutamanya apabila dibiarkan terlalu lama di luar peti sejuk.



Bagi memastikan bahan ini tidak rosak, para saintis telah mencipta bahan pembungkusan terbiodegradasikan yang boleh membunuh bakteria dan kulat berbahaya yang tumbuh pada hasil segar.



Bungkusan ini juga dapat memanjangkan jangka hayat buah-buahan seperti strawberi sehingga seminggu berbanding empat hari apabila disimpan dalam kotak biasa.



Bungkusan yang diperbuat daripada bahan yang menyerupai plastik telah dicipta oleh penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Sekolah Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan di Amerika Syarikat.



Bahan yang digunakan itu diperbuat daripada protein jagung, kanji dan bahan lain yang diperoleh secara semula jadi, dan direndamkan dengan campuran antimikrob semula jadi seperti minyak daripada taim (thyme) dan asid sitrik.



Kajian makmal mendapati bahawa apabila bahan tersebut mengesan peningkatan tahap kelembapan dan enzim daripada bakteria berbahaya, gentiannya mengeluarkan sejumlah kecil sebatian antimikrob yang menyingkirkan bakteria.



Sebatian itu boleh membunuh bakteria atau kulat yang tumbuh pada kedua-dua makanan dan bahan bungkusan.



Bungkusan itu sesuai untuk menyimpan barangan makanan seperti daging mentah, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang sedia untuk dimakan, kata pengarah Pusat Biokejuruteraan Antimikrob NTU yang mengetuai projek itu, Profesor Mary Chan.



Beliau menambah bahawa matlamat pasukan itu adalah untuk menggantikan pembungkusan plastik konvensional dengan bahan baru yang juga akan menggandakan jangka hayat produk hasil segar.



"Sayur-sayuran menjadi punca pembaziran kerana jika disimpan dalam peti sejuk terlalu lama, sekitar seminggu dua, ia akan menjadi rosak.



"Dengan pembungkusan anti-mikrob, terdapat peluang untuk memanjangkan jangka hayatnya... dan juga menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sentiasa kelihatan segar," katanya.



Profesor Adjung Sekolah Harvard T.H. Chan, Dr Philip Demokritou, yang juga merupakan seorang pakar kesihatan alam sekitar, berkata pembungkusan baru itu akan membantu menguruskan ancaman keselamatan makanan, sisa makanan dan pembungkusan yang tidak mampan.



Para pengkaji berharap dapat memperluaskan lagi kegunaan teknologi baru ini dengan rakan kongsi industri.



Dalam pada itu, mereka juga berharap dapat memasarkan bungkusan makanan ini dalam masa dua tahun.



Buat masa ini, mereka sedang berusaha memperbaiki dan mengoptimumkan proses pembuatan bahan dan fungsinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >