KORONAVIRUS
Saintis S'pura diketuai Jackie Ying hasil ujian sahkan jangkitan Covid-19 secepat 5 minit
Jika dilulus, ujian itu terpantas di pasaran bagi virus itu
Mar 26, 2020 | 05:30 AM
PASUKAN saintis yang diketuai warga Singapura Profesor Jackie Ying telah menghasilkan ujian pantas yang boleh mengesahkan seseorang dijangkiti Covid-19 dalam lima minit.
Apabila diluluskan, ujian ini adalah yang terpantas dalam pasaran bagi Covid-19, kata Agensi Sains Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).