Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saintis terima anugerah sains tertinggi S'pura

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



SEORANG profesor yang membantu membangun asas penyelidikan penyakit berjangkit di Singapura semalam diberi penghormatan atas sumbangannya.



Profesor Ranga Krishnan, 64 tahun, menerima pingat di bawah Anugerah Penghargaan Presiden Sains dan Teknologi - pengiktirafan tertinggi di sini bagi saintis dan jurutera penyelidik di Singapura. Beliau menerima pingat itu daripada Presiden Halimah Yacob di Istana.



Profesor Ranga berkata beliau berasa berbesar hati, terharu dan tidak sangka terpilih untuk menerima anugerah tersebut.



"Saya sangat beruntung kerana mendapat kesempatan untuk membina sekolah perubatan baru yang fokus untuk membina saintis doktor masa depan untuk mengatasi dan menyelesaikan banyak masalah mendesak dalam penjagaan kesihatan," ujarnya.



"Saya juga bersyukur dapat bekerjasama dengan kepemimpinan di SingHealth dalam mewujudkan sebuah pusat perubatan akademik bertaraf dunia dan berpeluang memimpin Majlis Penyelidikan Perubatan Nasional untuk memupuk penyelidikan perubatan," tambahnya.



Beliau, yang kini pengerusi Majlis Penyelidikan Perubatan Nasional Kementerian Kesihatan (MOH), telah membantu mendirikan program penyakit berjangkit baru di Sekolah Perubatan Duke-NUS (Universiti Nasional Singapura) ketika beliau menjadi dekan dari 2008 hingga 2015.



Program itu telah menghasilkan banyak kajian penting tentang wabak penyakit berjangkit, termasuk virus Covid-19 sekarang.



Sebagai contoh, penyelidik di bawah program itu telah menghasilkan kit ujian diagnostik, rawatan dan vaksin untuk membantu negara menangani wabak koronavirus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >