SIRI LAPORAN ANTIDADAH - Kerjasama antara Berita Harian/Minggu dengan Biro Narkotik Pusat (CNB)
Saintis turut main peranan penting dalam usaha perangi gejala dadah
SEDANG pegawai dari Biro Narkotik Pusat (CNB) giat melaksanakan gerakan memberkas penagih dan pengedar dadah, Cik Angeline Tang, seorang saintis berusia 30 tahun, pula gigih memerangi gejala dadah di makmal.
Peranannya di Makmal Penyalahgunaan Dadah (IDL) di bawah Penguasa Sains Kesihatan adalah menganalisis dadah yang disita dan melaporkan hasil penemuannya kepada CNB.