Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saiz isi rumah merosot, lebih ketara dalam keluarga Melayu

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



SAIZ isi rumah penduduk telah mengecut dengan perubahan trend ini paling ketara dalam kalangan keluarga Melayu.



Sepanjang sedekad lalu, saiz isi rumah purata di Singapura telah merosot daripada 3.5 orang kepada 3.2 orang, menurut laporan bahagian kedua Banci Penduduk 2020 oleh Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam.



Hampir 60 peratus isi keluarga penduduk tempatan mempunyai tiga atau kurang anggota keluarga.



Jumlah isi rumah yang terdiri daripada satu orang meningkat daripada 12.2 peratus pada 2010 kepada 16 peratus pada 2020.



Keluarga yang mempunyai dua anggota juga bertambah, kepada 22.6 peratus berbanding 18.8 peratus, jelas laporan itu.



Perubahan ini paling ketara dalam isi rumah Melayu dengan jumlah keluarga yang mempunyai tiga atau kurang anggota, meningkat daripada 35.7 peratus pada 2010 kepada 49.9 peratus pada 2020.



Namun keluarga Melayu tetap lebih besar berbanding bangsa lain, dengan purata isi rumah adalah 3.7 orang berbanding Cina, 3.1 orang dan keluarga India, 3.4 orang.



Bilangan isi rumah penduduk yang mempunyai sekurang-kurangnya satu nukleus keluarga merosot kepada 78 peratus berbanding 82.9 peratus.



Sebuah nukleus keluarga dalam satu isi rumah boleh dibentuk oleh satu pasangan berumah tangga atau ibu atau bapa dengan anak-anak yang masih bujang.



Laporan itu menjelaskan, kemerosotan itu disebabkan oleh jumlah isi keluarga yang mempunyai pasangan dengan anak-anak telah mengecut kepada 47.7 peratus pada tahun lalu berbanding 56 peratus pada 2010.



Pada tahun lalu, jumlah isi keluarga satu anggota Cina adalah 17.3 peratus manakala isi rumah Cina tanpa nukleus keluarga adalah 23.6 peratus.



Ini adalah lebih tinggi berbanding perangkaan bagi keluarga Melayu, masing-masing pada 9.8 peratus dan 13.6 peratus, mahupun keluarga India dengan 12.7 peratus dan 17.9 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >