Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

SAJAK

Halimah Yacob (Presiden Wanita Pertama Singapura)

Sep 14, 2017 | 05:30 AM

Halimah Yacob namanya

dalam usia 63 tahun yang

berwibawa dan kaya jasa

mencipta sejarah watan

tercinta

presiden wanita pertama

pemimpin yang

menyelinap mesra

ke dalam hati kita bukan

kerana senyuman manis

bak bunga cengkih

bukan juga kerana busana

kemas

sedap dipandang mata

tapi kerana kata-kata

keramat

mengelus kalbu:

"Lakukan yang baik

lakukan bersama-sama

tidak kira siapa kita

muda mahupun tua

dalam masyarakat pelbagai

bangsa

dan agama

fikirkan persamaan kita

bukan perbezaan yang

melata

yang hanya bijak

mengundang sengketa

perjalanan masih jauh

belum lagi sampai ke

puncak

kejayaan, kemajuan dan

cita-cita

ya, aku bukanlah presiden

yang diuntukkan tapi

presiden untuk semua

semua yang cintakan

Singapura."

Halimah akan memenuhi

tekadnya mengajak kita

menemaninya di jalan

kemajuan dan

keharmonian ke

hatinya melakukan

yang baik dan melakukan

bersama-sama di

tengah-tengah lagu

yang bergema

Majulah Singapura.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >