Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN FOTO

Rai kehebatan, keindahan harimau, pentingnya kepada alam sekitar

Jejak Harimau interaktif pamer 33 arca seni harimau saiz sebenar
Mar 14, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 33 arca seni harimau bersaiz sebenar akan dipamerkan di serata Singapura sebagai sebahagian daripada Jejak Harimau AR-mazing Dana Kehidupan Liar Sedunia Singapura (WWF-Singapura).



Jejak Harimau interaktif itu berlangsung dari 26 Februari lalu hingga 9 April.



Arca itu dihasilkan oleh lebih 60 artis tanah air dan antarabangsa yang terkenal.



Menurut kurator dan pengarah kreatif Jejak Harimau itu, Encik Chris Westbrook, setiap karya seni yang unik itu meraikan kehebatan dan keindahan harimau ini serta pentingnya kepada alam sekitar.



Di setiap arca, pengunjung boleh menyertai pelbagai kuiz dan menggunakan filter Realiti Tambahan (AR) di Instagram untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu berhubung pemuliharaan harimau.



Arca tersebut boleh didapati di beberapa tempat seperti Gardens by the Bay, Jewel Changi, Galeri Nasional, Kampong Glam, The Fullerton Heritage dan Sentosa.



Beberapa arca ini juga dipamerkan di Chinatown sempena Tahun Baru Cina sebelum ini.



Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Singapura, Encik R. Raghunathan, berkata:



"Jejak Harimau AR-mazing WWF-Singapura telah dihasilkan untuk menggalak perbincangan yang seronok dan kreatif serta menggalak pendidikan mengenai isu penting yang dihadapi harimau liar hari ini."



Menerusi Jejak Harimau ini, WWF-Singapura sedang berusaha meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana bagi menangani kekurangan berterusan bilangan harimau di seluruh Asia Tenggara.



Harimau sudah tiada di hutan Kemboja, Laos dan Vietnam dalam tempoh 25 tahun yang lalu, dan pada kadar sekarang, harimau Malaya boleh pupus dalam hayat kita.



Kini, hanya sekitar 3,900 harimau liar yang masih ada di dunia.



Jejak Harimau itu disokong Lembaga Pelancongan Singapura (STB) serta rakan kerja WWF-Singapura termasuk Tiger Brokers, B.Grimm, CMA CGM dan Singtel.



Arca itu boleh ditemui di serata Singapura sejak 26 Februari lalu.



Koleksi terbesar arca harimau itu boleh didapati di Gardens by the Bay, dengan lapan arca harimau dipamerkan.



Di SuperTree Grove, orang ramai boleh mendapatkan pasport Jejak Harimau percuma dan memulakan pengembaraan mini mereka sendiri untuk belajar tentang biodiversiti semasa meneroka taman itu, menurut WWF-Singapura.



Sementara Jejak Harimau AR-mazing sedang berlangsung, Temenggong Artists-in-Residence juga akan mengendalikan bengkel seni seperti menghias kemeja-T, melukis pelitup dan sesi tembikar.



Orang ramai juga boleh mengikuti lawatan berpandu bertiket Jejak Harimau AR-mazing.



Sebahagian daripada hasil yang diraih daripada kegiatan yang berbayar akan disalurkan untuk menyokong usaha pemuliharaan harimau WWF-Singapura.



Encik Raghunathan menjelaskan bahawa WWF-Singapura bekerjasama dengan masyarakat tempatan untuk melindungi ekosistem hutan, membolehkan ahli biologi memantau hidupan liar serta menyokong renjer di lapangan dan agensi penguatkuasaan yang merampas produk harimau terlarang.



WWF-Singapura juga telah mengeluarkan pelbagai barangan Jejak Harimau di kedai dalam talian mereka.



Barangan itu termasuk hasil rekaan artis setempat seperti Jackson Tan daripada ART-ZOO dan Sonny Liew.



Semua hasil yang diperoleh akan disalurkan terus untuk menyokong usaha pemuliharaan harimau WWF-Singapura.




TAMPIL JADI PELINDUNG HARIMAU



Sempena Tahun Harimau tahun ini, Dana Kehidupan Liar Sedunia Singapura (WWF- Singapura) ingin mendekati orang awam agar menyertai usaha pemuliharaan harimau dengan menjadi Pelindung Harimau.



Bilangan harimau di seluruh dunia kian berkurangan, dengan sekitar 3,900 harimau liar sahaja yang tinggal. Kurang 200 harimau merupakan harimau Malaya.



Di sebahagian besar Asia Tenggara, harimau Malaya masih berdepan dengan krisis, dengan jumlahnya yang terus berkurangan disebabkan ancaman seperti menjadi mangsa buruan, kehilangan tempat tinggal dan lain-lain.



Oleh itu, WWF- Singapura berharap lebih ramai orang dapat tampil menjadi Pelindung Harimau untuk menyokong usaha melindungi harimau Malaya yang terancam serta tempat tinggalnya.



Sebagai Pelindung Harimau, anda akan membantu mengukuhkan usaha masyarakat dalam landskap harimau.



Anda juga akan menyokong kerja pemuliharaan dengan menyediakan logistik yang penting seperti:



► 'field pack' yang mengandungi alat pemantauan bagi menjejak pergerakan harimau liar



► perangkap kamera untuk merakam visual yang boleh beri maklumat tentang harimau dan kehidupan liar



► telefon satelit bagi pengawal di hutan, ahli biologi di lapangan dan pasukan rondaan untuk berkomunikasi dalam hutan yang tiada isyarat.



Sebagai Pelindung Harimau, anda juga akan mendapat maklumat terkini dari lapangan serta beberapa hadiah seperti:



  • Sijil elektronik

  • Pelekat Telegram dan WhatsApp

  • 'Wallpaper' buat telefon bimbit atau alat bijak

  • Poskad

  • Lencana Pelindung Kehidupan Liar

  • Berita langsung dari lapangan

  • Beg jinjing

  • Patung eksklusif WWF

  • Akses kepada kumpulan Telegram yang eksklusif buat anggota WWF

  • Undangan ke acara dan kegiatan eksklusif buat anggota WWF

Lungsuri laman https://adopt.wwf.sg/species/tiger untuk mengetahui bagaimana menjadi Pelindung Harimau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >